Saturday, May 8, 2010

Entah bila akan dapat layanan yang setimpal?

Saturday, May 8, 2010 |
oleh stainlessstylus

Sejak langkah berjimat-cermat dijalankan oleh jabatan tempat kerjaku, ini kali kedua aku terlibat dalam mesyuarat di luar pejabat. Tak jauh pun. Sekitar KL je.

Pada 19 - 22 April lalu, aku menyertai satu mesyuarat yang membincangkan konsep pentaksiran alternatif d Hotel Plaza. Minggu ni (3 - 6 Mei), aku sekali lagi menyertai mesyuarat di luar pejabat. Kali ini di Grand Continental Hotel pula. Tak jauh manapun. Kedua-dua hotel tu sebenarnya bersebelahan je di Jalan Raja Laut.

Dari segi bilik tidur, rasanya Hotel Plaza lebih "spacious" berbanding dengan Grand Continental. Di Grand Continental, nak sembahyang pun agak susah. Kerusi sofa terpaksa diubah posisinya untuk diletakkan di antara dua katil single. Baru ada sikit ruang yang agak selesa untuk mengerjakan solat.

Dari segi mesra OKU pula, hotel ni seperti macam nak mesra dengan OKU khususnya OKU penglihatan tapi sebenarnya masih tak cukup mesra. Lifnya tak ada suara tapi ada huruf Braille. Tapi yang sedihnya, huruf Braille tu hanyalah pada "appearance"nya je. Ada biji-biji timbul tapi kedudukan titik-titik itu begitu rapat sekali hingga agak sukar bagi kita (OKU Penglihatan) nak meraba dan seterusnya mengenal pasti nombor tingkat yang dilekatkan di dinding lif itu. Mujurlah butangnya adalah jenis tekan dan bukan jenis sentuh. Tapi yang leceh sikit, kena swipe kad pintu bilik pulak. Kalau tidak lif tak jalan.

Pada segi yang lain pula, nombor biliknya ditulis dengan nombor biasa tapi timbul. Ini membolehkan seseorang OKU penglihatan itu mencari pintu bilikhya sendiri.

Berbanding dengan Hotel Plaza, agak sukar untuk mencari pintu bilik sendiri memandangkan nombornya tidak timbul. Lifnya pun tiada suara dan Braille.

Aku tidaklah berhasrat nak memperincikan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat itu. Cuma nak melahirkan sedikit rasa terkilan terhadap rakan-rakan sekerjaku terhadapku sepanjang mesyuarat itu.

Masa di Hotel Plaza hari tu, aku diletakkan bersama seorang guru pendidikan khas masalah pendengaran dalam satu bilik. Bila dah ditempatkan bersama cikgu berkenaan, tak dapatlah aku berinteraksi dan bertukar-tukar cerita dengan rakan-rakan guru dari pendidikan khas masalah penglihatan yang aku kenalai. Di mesyuarat itu, akulah satu-satunya OKU penglihatan yang hadir. Di mana rakan-rakan sekerjaku? Mereka urusetia. Mereka boleh keluar masuk dewan mesyuarat sesuka hati atas alasan tugas urusetia. Aku terpaksa tunggu dari mula hingga akhir setiap sesi.
Di Grand Con ni pula, rata-rata para pesertanya terdiri daripada guru-guru pendidikan khas masalah penglihatan. Kali ini aku tidak keseorangan. Rakan sekerjaku, Khusaini dan Cikgu Zamri dari JB turut serta terlibat. Kami ditempatkan dalam sebuah bilik untuk tujuan membaca pruf dan thermoform (menduakan bahan Braille secara "mamanaskan"nya). Sekali lagi, aku dibiarkan survive sendiri. Yang banyak membantu ialah cikgu-cikgu tu. Rakan-rakan sekerjaku? Bagai biasalah, Urusetia. Mereka di bilik urusetia. Sepatutnya, di situlah stesen mereka. Tapi pagi tadi (Rabu), 4 orang daripada mereka balik ke pejabat. 2 orang tak balik ke hotel langsung sampai ke akhir sesi petang tadi. Agaknya, kalau aku atau rakan-rakan OKU aku yang berbuat begitu, pasti akan dijaja perbuatan kami itu sepanjang-panjang dan seluas-luas yang mungkin.

Kekurangan kami hanalah keupayaan mata. Dari segi gred jawatan, aku dan Cikgu Zamri DG41. Khusaini pula N22. Kalau kami nak buat apa-apa, kena maklumkan kepada mereka. Tapi kalau mereka pula, boleh buat apa saja hingga ada kalanya tak tahu apa nak dijawab bila pegawai atasan bertanyakan tentang mereka.

Bila difikir-fikirkan, rasa malas nak join mesyuarat-mesyuarat macam ni. Baik duduk kat ofis. Tenang dan tenteram. Hati tak sakit. Jiwa tak bergelora. Fikiran pun tak serabut.

Alhamdulillah. Tengah hari nanti, tamatlah mesyuarat ni. Para peserta akan pulang ke tempat masing-masing. Kalau ada umur, jumpa lagi di lain meshyuarat.

Aku pun dah mengantuk dah ni. Biarlah aku stop kat sini je. Nanti banyak pula nak kena pikul dosa mengata orang. Entah bilalah kami akan mendapat layanhan yang setimpal dengan kemampuan dan keupayaan kami. Huallahu a'lamu bissawab.

dedaun masa


Related Posts



2 comments:

ummu said...

Salam Bro

"Sekali lagi, aku dibiarkan survive sendiri. Yang banyak membantu ialah cikgu-cikgu tu. Rakan-rakan sekerjaku? Bagai biasalah, Urusetia. Mereka di bilik urusetia.

Kekurangan kami hanalah keupayaan mata.

Dari segi gred jawatan, aku dan Cikgu Zamri DG41. Khusaini pula N22. Kalau kami nak buat apa-apa, kena maklumkan kepada mereka. Tapi kalau mereka pula, boleh buat apa saja hingga ada kalanya tak tahu apa nak dijawab bila pegawai atasan bertanyakan tentang mereka."

Air mata saya mengalir laju...Ya Allah,tabhkan hati kami dalam menempuhi hidup ini.amin.

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian " izinkan saya copy frasa ini...teringat pesanan suami kepada saya agar saya tabhkn hati menabur bakti meski dnegan keupayann tersendiri..Kerana Allah maha tahu...

Suara OKU said...

Amin.. silakan

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog