Saya seorang OKU yg berdaftar dengan JKM.Saya sekarang sedang mencari info berkaitan bagaimana mahu mendapatkan lesen memandu.Dimana sekolah memandu yg ada menyediakan kemudahan golongan OKU untuk mengambil lesen memandu?Berapa yurannya?Klu nak ubahsuai kenderaan ambil masa lama x?Prosedurnya macammana?
Sekian, terima kasih.
Yang Musykil,
nurul
Jawapan :
Anda boleh layari posting kami berkenaan lesen memandu OKU di sini atau urlnya : http://suaraoku.blogspot.com/2009/12/lagi-info-mengenai-lesen-memandu-oku.html
Info di artikel itu kami rasa dapat membantu anda.
2. Soalan Yanie Raihan
salam mr blogger...
sy ada sorg abang cacat pndengran+bisu. beliau tlh menganggur selama 4 thn smpi sekarang stlh bengkel tmptnya bekerja ditutup. kami dah sdaya upaya mencarikannya kerja brsama2, tp malangnya semua kilang dan syarikat yg kami aply tidak mau ambil oku sprtnya utk bekerja ats alasan 'masalah komunikasi'. Msih adakah peluang pkerjaan utknya di syarikat mr blogger? jika ada, mintak jasa baik mr blogger utk inform sy.terima kasih
~ YaNiE~
Jawapan :
Orang Kelainan Upaya telah disediakan kemudahan oleh kerajaan untuk memohon pekerjaan
melalui Sistem Penempatan Orang Kurang Upaya (SPOku) di sini atau urlnya : http://jcs.mohr.gov.my/oku/signon.jsp .
Di sana OKU boleh mendaftar dan memohon pekerjaan. Di harap ianya dapat membantu anda dan diminta rakan-rakan yang mengetahui kekosongan kerja harap dapat email terus pada Yanie di yanie_86@yahoo.com atau email pada pihak kami di suaraoku@gmail.com untuk disampaikan pada beliau .
Anda ada pertanyaan? Sila emailkan pada kami di suaraoku@gmail.com :-)
1 comments:
Mereka yang kelainan upaya pun mampu menyumbang pada ekonomi negara jika diberi latihan dan peluang untuk bekerja.
Porn star at work
Post a Comment