Thursday, May 20, 2010

APM terima OKU ikuti kursus

Thursday, May 20, 2010 |

MELAKA 17 Mei – Selaras dengan perubahan masa, Akademi Pelancongan Melaka (APM) mengorak langkah apabila menerima golongan orang kurang upaya (OKU) bagi mengikuti kursus-kursus berkaitan pelancongan dianjurkan oleh badan itu.

Pengurusnya, Salman Salman berkata, program khas yang disediakan itu khusus untuk OKU adalah hasil kerjasama yang dijalinkan oleh APM dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kementerian Sumber Manusia.

Menurutnya, menerusi program yang kali pertama dianjurkan itu dengan dikenali sebagai ‘Return To Work’, peserta OKU akan mengikuti kursus dalam bidang keusahawanan makanan.

”Kebiasaannya kursus-kursus berkaitan dengan pelancongan anjuran APM sebelum ini tidak pernah melibatkan OKU tetapi untuk tahun ini APM mengubah dasar dan bersedia menerima golongan itu.

”Buat masa ini, hanya satu kursus disediakan kepada golongan terbabit iaitu dalam bidang keusahawanan makanan dan mereka yang mengikuti kursus ini adalah OKU yang merupakan pencarum Perkeso,” katanya di sini baru-baru ini.

Bagi tujuan tersebut menurut beliau, seramai tujuh peserta OKU menjadi kumpulan pertama mengikuti program yang dianjurkan bermula pada 10 Mei lalu dan berakhir pada 6 Ogos ini.

Salman berkata, kursus yang diikuti oleh golongan terbabit dibiayai sepenuhnya oleh Perkeso dan Kementerian Sumber Manusia.

Program yang dianjurkan itu katanya, bertujuan membantu golongan OKU kembali bekerja dengan memberi pendedahan secara teori dan praktikal untuk mereka menceburi bidang keusahawanan.

”Sebagai langkah pertama, kesemua peserta akan mengikuti kursus selama tiga bulan yang merangkumi satu bulan latihan teori dan dua bulan latihan amali,” ujarnya.

Ujarnya, APM telah menyediakan tenaga pengajar dan penceramah iaitu daripada Pusat Khidmat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), agensi kewangan yang berdaftar dan tokoh usahawan OKU yang berjaya.

Menurutnya, sepanjang tempoh tiga bulan mengikuti kursus tersebut, setiap peserta akan didedahkan kepada etika keusahawanan, contoh-contoh industri kecil, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia dan kaedah pemasaran.

”Selain itu, mereka turut diajar mengenai teknik penjenamaan, promosi produk, latihan e-Commerce di samping mengadakan lawatan ke beberapa kilang pembuatan makanan di negeri ini,” katanya lagi.

Bagi latihan amali pula ujarnya, mereka akan ditempatkan di kilang-kilang makanan, kedai-kedai bakeri dan restoran yang terpilih.

Dipetik dari Utusan Malaysia



Related Posts



1 comments:

Wake UP! said...

OKU pun manusia biasa seperti kita walaupun dia kurang upaya. Dia masih boleh menyumbangkan tenaga ke arah pembangunan ekonomi.

Relinquishing the special rights of the Malay

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog