Friday, May 21, 2010

Huzaire dianugerah Guru Cemerlang OKU kebangsaan

Friday, May 21, 2010 |



KUANTAN 16 Mei - ''Anugerah ini sepatutnya menjadi milik isteri saya kerana dia yang banyak berkorban dan membantu setiap hari sama ada di sekolah mahupun di rumah."

Demikian kata-kata penerima Anugerah Guru Cemerlang kategori Orang Kurang Upaya (OKU) peringkat kebangsaan, Mohd. Huzaire Ahmad, 34.

Mohd. Huzaire yang mengajar Pendidikan Muzik di Sekolah Kebangsaan (SK) Mempaga 2, Karak begitu terharu apabila dipilih menerima anugerah tersebut.

Beliau yang disahkan lumpuh sejak 10 tahun lalu akibat terjatuh dari pokok rambutan, bertekad meneruskan cita-cita sebagai seorang guru.

''Kejadian tersebut berlaku semasa saya berada di semester akhir pengajian di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

''Sepatutnya saya menjalani praktikum tetapi disebabkan kejadian tersebut, saya terpaksa membatalkan hasrat untuk menjadi seorang guru.

''Bagaimanapun atas keprihatinan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang ketika itu sebagai Ketua Pemuda UMNO, saya kembali menyambung praktikum dan kini bergelar seorang guru," katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan Makan Malam Negeri 'Selera Inderapura' sempena Festival Hari Guru peringkat kebangsaan di sini malam tadi.

Hadir pada majlis tersebut, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff.

Menurut Mohd. Huzaire, isterinya, Siti Nor Azizah Mohd. Noor Yusof, 27, adalah orang penting dalam hidupnya kerana 'bertanggungjawab' mengangkat kerusi rodanya setiap hari untuk ke sekolah.

''Isteri saya bekerja di sekolah yang sama sebagai Pembantu Tadbir dan dia yang akan mengangkat kerusi roda ke kelas di tingkat dua.

''Setiap hari saya akan datang awal ke sekolah iaitu kira-kira pukul 7 pagi dan saya akan mengesot naik tangga secara bersendirian kerana tidak mahu menyusahkan orang lain terutama isteri.

''Isteri juga yang akan menemani saya di sekolah sehingga pukul 7 malam bagi menyelesaikan segala aktiviti sekolah bersama murid-murid," katanya yang juga dinobatkan Anugerah Guru Inovatif OKU peringkat negeri tahun lalu.

Mohd. Huzaire bersyukur kerana diberi anugerah tersebut kerana walaupun hanya mengajar Pendidikan Muzik, beliau bangga dapat membina keyakinan diri dan sahsiah yang baik terhadap anak muridnya.

Anak sulung daripada enam beradik itu pernah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang 2008 dan Anugerah Khas Hari Guru 2005 atas pengorbanannya dalam bidang pendidikan walaupun terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda.- Utusan


Related Posts



2 comments:

Wake UP! said...

Kecacatan bukan penghalang kepada kejayaan. Usaha tangga kejayaan. Jangan jadikan kecacatan sebagai alasan untuk bermalas-malasan.

PKR = Illuminati

Maiyah said...

rasa bangga.. moga dia dan isteri akan terus berjaya..

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog