Tuesday, June 8, 2010

Lagi artikel mengenai Bantuan Kewangan Pendidikan Orang Kelainan Upaya (OKU)

Tuesday, June 8, 2010 |
Mahasiswa OKU terima bantuan kewangan tambahan

03/05/2010 12:30pm

TEMERLOH 3 Mei – Penuntut orang kurang upaya (OKU) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menerima kadar bantuan bulanan baru mulai Julai ini.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kementerian itu akan memperuntukkan RM300 sebulan kepada penuntut OKU sebagai tambahan kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan yang diterima mereka ketika ini.


Beliau berkata, kadar baru itu berdasarkan keperluan masa kini dalam membantu mengurangkan bebanan hidup golongan berkenaan.


"Dengan bantuan baru ini, maka tiada lagi alasan mahasiswa OKU untuk tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi seperti mana orang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis gotong-royong dan beramah mesra dengan pelatih-pelatih Pusat Latihan Orang Buta Taman Harapan di sini, semalam.


Beliau berkata, pada masa ini, terdapat 979 mahasiswa OKU di IPTA seluruh negara yang mengikuti pengajian dalam pelbagai jurusan termasuk sastera, ekonomi dan undang-undang.

- Bernama
Senanglah golongan OKU untuk menyambung pelajaran kat mana-mana . Adanya bantuan kewangan , kuranglah beban sikit .

Terdapat pekelililing terbaru yang dikeluarkna oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu KPT.B(S)600-10/1 (11). Tekan sini untuk baca Surat Pekeliling Kementerian Pengajian Tinggi 1/2010

TEMPOH PEMBIAYAAN (MAKSIMUM)
  1. Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
  2. Diploma - 3 tahun
  3. Sarjana Muda - 4 tahun
  4. Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
  5. Sarjana - 2 tahun
  6. Ph.D - 4 tahun
Jumlah pembiayaan tidak sama bagi semua pelajar dan dibahagikan mengikut beberapa ketegori iaitu pelajar sepenuh masa dan pelajar separuh masa / jarak jauh . Maklumat yang lain boleh baca di sini.

Atau anda boleh berhubung terus dengan pegawai berikut :
BilNamaTel.Email (@mohe.gov.my)
1.Wan Ahmad Hilman b. Wan Adam (Dasar Bayaran)03-88844606 hilman
2.Cik Noorhalyza bt. Mohammadin (bayaran)03-88844697halyza
3.En. Muhammad b. Mohd Yusof (wang saku)03-88844626mamatkpt
4.En. Mohamad Khuzairi b. Ahmad Suhaime (yuran) 03-88844793 zairi

Mimpi si bunga


Related Posts



1 comments:

Wake UP! said...

Pelajar OKU haruslah bersyukur di atas keprihatinan pihak kerajaan dalam membantu pengajian mereka.

It's a miracle that non of the Israeli commandos was killed by the so called terrorists.

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog