KUALA LUMPUR: “Kami sekeluarga begitu bimbang dengan keselamatan adik. Sudahlah dia orang kurang upaya (OKU) kerana mempunyai masalah pembelajaran, malah dia juga keluar dengan membawa sebuah komputer riba berjenama HP dan broadband Celcom.
“Itulah yang merisaukan kami sekeluarga dan saya harap sesiapa yang menjumpai adik supaya dapat menghantarnya pulang ke rumah, paling tidak pun menyerahkannya kepada balai polis berdekatan,” rayu Norliana Kasaman, 36.
Norliana mencari adiknya lelakinya, Muhamad Zainudin Kasaman, 20, atau lebih dikenali sebagai Osman Abdullah yang dipercayai menghilangkan diri dari rumah mereka di No 142, Taman Meru 3, Pekan Meru, Klang, Selangor, pada 30 April lalu.
Menurutnya, kehilangan adiknya itu disedari adik ketiganya, Norliami, 33, selepas berkunjung ke rumahnya sekitar jam 6 pagi untuk memeriksaan keadaan adik lelakinya itu.
“Selepas menyedari kehilangan adik (Zainudin), kami cuba mencarinya di sekitar kediaman termasuklah di masjid yang sering dikunjunginya sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang, kira-kira jam 5.30 petang.
“Kehilangan ini bukan kali pertama, sebaliknya Zainudin sudah hilang beberapa kali, tetapi berjaya ditemui semula selepas berita kehilangannya disiarkan di televisyen,” katanya yang ditemani suami ketika berkunjung ke Balai Berita di sini, semalam.
Tambah Norliana, usaha menjejaki adik keenamnya itu menemui jalan buntu, selain bimbang dipergunakan pihak tertentu untuk kepentingan peribadi berikutan kelebihan Zainudin yang mampu memprogramkan perisian komputer.-Harian Metro
1 comments:
Diharapkan agar orang ramai akan membantu untuk mencari OKU ini.
Arab nations should have nuclear arms.
Post a Comment