Thursday, July 1, 2010

Curahan bakat folk art Fariza

Thursday, July 1, 2010 |

MINAT mendalam mengatasi segala kepayahan untuk menyiapkan satu karya.


KEKURANGAN pada dirinya, tidak pernah menyekat minat Fariza Abu Hassan untuk berjaya dalam bidang yang diminati. Biarpun dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU), dia juga tidak pernah kalah dalam menonjolkan potensi yang ada pada dirinya.

Anak keempat daripada adik beradik itu menghidap penyakit mucopolysaccharidosis yang membantutkan tumbesaran fizikalnya sejak berusia lapan tahun. Dia yang gemar dipanggil Pija itu bertubuh kecil kerana tulang dan struktur kulitnya seperti kanak-kanak.

Gadis berusia 25 tahun itu tidak suka bercerita panjang mengenai kepayahan yang ditempuh kerana penyakit itu. Dia lebih tertumpu kepada hobi yang dipupuk sejak empat tahun lalu iaitu membuat folk art.

Minatnya itu bercambah selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Convent, Klang. Bagi mengisi masa yang terluang, Hafizah meminta ibunya, Halbiah Mustafa mendapatkan guru yang boleh mengajarnya lukisan ala Inggeris di atas barangan.

‘‘Folk art ini sangat unik jika diamati secara terperinci,’’ katanya.

Peluang berguru dengan wanita bernama Aniza Khir Omar yang terkenal dengan kepakaran hasil kerja tangan di rumahnya di Bukit Rimau, Klang menjadikan Fariza lebih kreatif.

Pelbagai teknik melukis dan mewarna dipelajarinya daripada guru tersebut.

Bercerita tentang kepayahan sepanjang menuntut ilmu kemahiran itu, Fariza berkata, dia tidak pernah bosan kerana apa yang dilakukannya itu hadir atas dasar minat. Sebab itu, gadis penuh ceria itu sanggup duduk sehingga lima jam setiap hari semata-mata untuk menghasilkan karya yang terbaik.

Untuk mengaplikasikan kemahirannya itu, beberapa barangan di rumahnya di Taman Alam Shah, Klang seperti tong sampah, kotak, bangku, bingkai gambar, tempat meletak roti, baldi dan pasu dilukis dengan corak bunga ala Inggeris itu.

Kemahirannya itu ternyata mengkagumkan ahli keluarga Fariza termasuk bapa, Abu Hassan Md. Isa yang tidak menyangka bakat terpendam anaknya itu.

Menurut Fariza, dia gemar melukis di atas kanvas dan kayu kerana lebih mudah berbanding kaca serta kayu yang melibatkan bahan campuran. Memang diakui, sentuhan Fariza sangat halus terutama melibatkan rekaan bunga.

‘‘Saya tidak ada rahsia khusus untuk mencantikkan setiap barangan. Semuanya berkat latihan dan kesungguhan sehingga objek yang saya mahukan itu benar-benar menjadi. Tak kisah kalau muka saya comot dengan cat asalkan lukisan saya cantik,’’ ujarnya.

Curahan kreativiti itu semuanya dilakukan di sudut sebelah dapurnya. Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan ketinggian Fariza. Di situlah dia menghabiskan masa hampir separuh hari melukis dan mewarna kotak-kotak untuk dijadikan hiasan.

Sehingga hari ini, Fariza telah menghasilkan lebih kurang 100 hasil tangan folk art pelbagai rupa. Ada yang masih dalam simpanan dan ada yang dijual kepada kawan-kawan yang berminat dengan koleksi tersebut.-Utusan



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog