Monday, August 23, 2010

pengumuman sbm bahasa malaysia (23hb Ogos 2010)

Monday, August 23, 2010 |
 

Info SBM (23hb Ogos 2010)

Info Dari Jawatankuasa Komunikasi Dan Assessibiliti

Atas permintaan yang menggalakkan dari ahli-ahli SBM, Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Assessibiliti telah bersetuju untuk menyediakan info-info dari talian info ke terjemahan teks menerusi e-mail.  Kepada anda yang ingin menerima info-info dari ibu pejabat menerusi e-mail, adalah diminta untuk memberi alamat e-mail anda dengan menghubungi Encik Ng Eu Khoon (Juruteknik Audio SBM) di talian ibu pejabat SBM, 0322746162 pada waktu pejabat.  Kerjasama anda dalam hal ini amatlah dihargai.  Terima kasih.

Info dari Cawangan KL-Selangor

Adalah dimaklumkan bahawa SBM KL-Selangor akan menganjurkan Pertandingan Bakat 2010 pada hari sabtu, bersamaan 9hb Oktober 2010 bermula jam 8.00 malam bertempat di Dewan Utama Kompleks MAB.  Penyertaan hanya dibuka kepada ahli SBM KL-Selangor sahaja dan yuran pendaftaran yang dikenakan adalah sebanyak RM5.00 seorang.  Penyertaan dibuka mulai sekarang dan tarikh tutup penyertaan ialah pada hari ahad, bersamaan 19hb September 2010 dan sekiranya ada pemilihan di peringkat saringan, ianya akan diadakan pada hari sabtu, 25hb September 2010.  Untuk maksud pendaftaran beserta yuran penyertaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Encik Abdul Kadir Bin Mohd. Jailani di talian bimbitnya, 0123126078. harap maklum.

Jemputan Perkahwinan

Dengan rasa sukacita, adalah dimaklumkan bahawa Cik Herdawati Binti Abdul Rohim ingin menjemput ahli-ahli SBM yang ingin menghadiri majlis perkahwinan beliau pada hari sabtu, bersamaan 2hb Oktober 2010 bertempat di Alor Setar, Negeri Kedah Darul Aman.  Bayaran yang dikenakan bagi menyertai rombongan ini adalah sebanyak RM35.00 seorang.  Memandangkan hanya dua buah bas disediakan, pendaftaran awal adalah lebih diutamakan kerana tempat amatlah terhad.  Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari selasa, bersamaan 21hb September 2010.  Untuk sebarang keterangan serta pendaftaran, sila hubungi sama ada Cik Herdawati Binti Abdul Rohim di talian bimbitnya, 0133936625 ataupun Encik Nazri Bin Sahmat di talian bimbitnya, 0123003079 ataupun 0138258800.

 Sekian terima kasih.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog