Monday, September 6, 2010

pengumuman sbm bahasa malaysia (6hb september 2010)

Monday, September 6, 2010 |

Adalah kami maklumkan bahawa operasi pejabat Tabung Pembangunan Usahawan yang sebelum ini beroperasi dari No.134B, Taman Seri Setapak, Jln Gombak, Kuala Lumpur telah berpindah ke ibu pejabat SBM berkuatkuasa dari hari isnin, bersamaan 16hb Ogos 2010. Untuk sebarang keterangan dan pertanyaan, anda boleh menghubungi Cik Siti Huraizah Binti Ruslan di talian ibu pejabat SBM, iaitu 0322746162 pada waktu pejabat.

Iklan Jawatan Setiausaha Esekutif SBM

Permohonan adalah dipelawa daripada warga cacat penglihatan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan setiausaha esekutif di Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM). Syarat-syarat kelayakan ialah memiliki sekurang-kurangnya diploma, boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik serta berkemahiran mengendalikan komputer (sekurang-kurangnya Microsoft office). Gaji yang ditawarkan berdasarkan kepadda kelayakan dan pengalaman. Kepada yang berminat, sila hantarkan surat permohonan anda beserta dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan dan menyatakan jumlah gaji yang dipohon kepada Setiausaha Agung, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, No.40A, Jln Padang Belia, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur. . Permohonan anda hendaklah sampai sebelum atau selewat-lewatnya pada hari jumaat, bersamaan 15hb Oktober 2010.

Info dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan akan mengadakan kelas PENGENALAN ASAS KOMPUTER pada hari ahad, bersamaan 17hb Oktober 2010 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Yuran pendaftaran bagi menyertai kelas ini adalah sebanyak RM10.00 untuk ahli dan RM20.00 bukan ahli. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi Encik Saifuddin Bin Mohamad di talian bimbitnya, 013-3643303 sebelum hari ahad, 10hb Oktober 2010.

Selamat Hariraya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Terima kasih.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog