Jawatankuasa Pembangunan Belia
Jawatankuasa Pembangunan Belia ingin mempelawa ahli-ahli SBM untuk menyertai Perkhemahan Jati Diri SBM 2010 selama tiga hari, bermula dari 3-5hb Disember 2010 bertempat di Perting Valley, Bentong, Pahang Darul Makmur. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30.00 seorang. Syarat-Syarat penyertaan adalah seperti berikut:
Terbuka kepada warga belia yang berumur antara 18-40 tahun sahaja,
Telahpun menjelaskan yuran keahlian tahun 2010 dan tiada tunggakan bagi tahun-tahun sebelumnya,
Mempunyai tubuh badan serta minda yang sihat bagi menjalankan aktiviti lasak,
Membayar yuran penyertaan sepenuhnya dan committed terhadap diri sendiri sepanjang perkhemahan tersebut.
Untuk info lanjut, sila hubungi Ahli Jawatankuasa Pembangunan Belia seperti berikut:
Encik Ahmad Shamsuri Bin Mohd. Di talian bimbit 0122829575,
Cik Rosmawati Binti Mohd. Di talian 0122603512,
Encik Yeoh Kok Soon di talian 0123215160,
Cik Jamiah Binti Mat Nor di talian 0193550716,
Encik Mohd. Mustaza Bin Haji Mohd. Zain di talian 0192110111 ataupun menerusi alamat e-mail mmmz2020@gmail.com.
Semua penyertaan beserta yuran pendaftaran mestilah sampai kepada Jawatankuasa Pembangunan Belia sebelum atau selewat-lewatnya pada hari sabtu, bersamaan 13hb November 2010.
Jawatankuasa Komunikasi dan Assessibiliti
Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Komunikasi dan Assessibiliti sedang mengkaji fungsi unit audio di pertubuhan ini bagi memenuhi keperluan ahli-ahli dengan lebih berkesan. Anda boleh menghantar serta mengutarakan cadangan ke alamat e-mail hq.audio@sbm.org.my ataupun menghubungi Encik Ng Eu Khoon, juruteknik audio SBM di talian ibu pejabat SBM, 03-22746162 pada waktu pejabat. Cadangan-cadangan anda hendaklah sampai pada kami sebelum hari sabtu, bersamaan 30hb Oktober 2010. Jaminan kami adalah setiap cadangan akan diberi pertimbangan sewajarnya. Oleh itu, bantulah kami untuk membantu anda.
Iklan Jawatan Setiausaha Esekutif SBM
Permohonan adalah dipelawa daripada individu yang berkelayakkan untuk mengisi jawatan setiausaha esekutif di Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM). Syarat-syarat kelayakan ialah memiliki sekurang-kurangnya diploma, boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik serta berkemahiran mengendalikan komputer (sekurang-kurangnya Microsoft office). Gaji yang ditawarkan berdasarkan kepadda kelayakan dan pengalaman. Kepada yang berminat, sila hantarkan surat permohonan anda beserta dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan dan menyatakan jumlah gaji yang dipohon kepada Setiausaha Agung, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, No.40A, Jln Padang Belia, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur. . Permohonan anda hendaklah sampai sebelum atau selewat-lewatnya pada hari jumaat, bersamaan 15hb Oktober 2010.
KL-Selangor
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tarikh pertandingan bakat cawangan KL-Selangor telahpun ditunda dari 9hb Oktober 2010 ke 23hb Oktober 2010. Segala kesulitan ini amatlah kami kesali.
Kelab Wawasan PPOBM
Kelab Wawasan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) akan mengadakan jamuan Hari raya Aidilfitri dan pertandingan karaoke lagu-lagu hari raya pada hari sabtu, bersamaan 16hb Oktober 2010 bermula pada jam 8 malam bertempat di Cafeterial MAB. Yuran pendaftaran yang dikenakan untuk ahli dan anak ahli yang berumur 12 tahun ke atas adalah RM5.00 seorang, anak ahli berumur 12 tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran manakala bukan ahli dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 seorang. Kepada anda yang ingin menyertai pertandingan karaoke lagu-lagu hari raya, tambahan sebanyak RM5.00 akan dikenakan. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari rabu, bersamaan 13hb Oktober 2010. Untuk tujuan pendaftaran atau pertanyaan lanjut, sila hubungi sama ada Puan Rohaya Binti Lias di talian bimbitnya, 0122557642 ataupun di talian pejabat PPOBM, 0322741211-0322741212 pada waktu pejabat.
Iklan-iklan.
Hello rakan-rakan budiman sekalian, sertailah kami untuk urutan badan yang menyegarkan di samping urutan tapak kaki pada kadar perkhidmatan yang sungguh berpatutan. Waktu operasi kami adalah dari jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Beralamat di No.148-1, Jln Radin Anum Satu, Taman Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur. Untuk pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-90586644 ataupun menerusi alamat e-mail goldentouchblindmassage@yahoo.com.
Berita baik kepada anda yang ingin membeli bad ping pong di mana anda boleh memilikinya dengan harga serendah rm15.00 sahaja. Untuk keterangan lanjut serta tempahan, anda boleh menghubungi Encik Cheah Poh Keat di talian bimbitnya, 016-3232989.
Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment