Dua Info dari Setiausaha Agung SBM
Notis Mesyuarat Agung Luar Biasa
Ahli-Ahli SBM adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa 2010 bagi membincang dan meluluskan anggaran Perbelanjaan 2011 yang akan diadakan pada hari ahad, bersamaan 12hb Disember 2010 bermula jam 8.30 pagi, bertempat di Hotel Sri Cempaka, PGRM, Kuala Lumpur. Untuk menghadiri mesyuarat terseebut, sila daftarkan diri beserta yuran penndaftaran dengan Pengerusi Cawangan atau Kawasan masing-masing sebelum hari rabu, bersamaan 1hb Disember 2010.
Atas permintaan ahli, SBM dalam rangka meminda perlembagaannya bagi memenuhi kehendak dan keperluan semasa. Sehubungan itu, sila kemukakan sebarang cadangan secara bertulis dan dihantar kepada Setiausaha Agung SBM di alamat No.40A, Jln Padang Belia, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur atau secara e-mail ke mfekkeri@yahoo.com. Cadangan hendaklah sampai pada atau sebelum hari rabu, bersamaan 1hb Disember 2010.
Jawatankuasa Komunikasi dan Assessibiliti (Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan)
Pendaftaran masih dubuka untuk sesiapapun yang cacat penglihatan untuk menyertai perayaan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan SBM yang akan diadakan di Kolej Universiti Help pada hari sabtu, bersamaan 20hb November 2010. Pendaftaran ditutup pada hari selasa, bersamaan 16hb November jam 4.00 petang. Para peserta dimaklumkan bahawa bas akan mula berada di SBM Cawangan KL/Selangor pada jam 7.00 pagi dan akan bertolak pada pukul 7.30 pagi. Anda digalakkan untuk berpakaian biasa dan tidak dibalakkan berselipar. Ini akan memudahkan anda semasa menjalankan aktiviti serta mengurangkan resiko yang kurang diingini. Bas akan kembali ke Brickfields pada pukul 1.00 petang. Marilah sama-sama bergembira di samping berpeluang untuk memenangi hadiah di dalam cabutan bertuah. Berdaftarlah dengan sebera dengan Encik Mohd. Shawal Bin Abu Bakar di talian 03-22742794 pada waktu pejabat untuk menjamin tempat anda. Hubungilah samaada dengan Encik Loh Kong Ken di talian 012-2654907 ataupun dengan Encik Mohd. Moktar Bin Soon di talian 013-3409848 untuk sebarang penjelasan lanjut.
Jawatankuasa Pembangunan Belia
Peringatan kepada ahli-ahli belia yang masih berminat untuk menyertai Kem Jati diri SBM 2010 yang akan diadakan dari 3-5hb Disember 2010 bertempat di Perting Valley, Bentong, Pahang Darul Makmur. Pendaftaran dengan kadar segera amatlah dialu-alukan kerana tempat amatlah terhad. Bagi belia yang telahpun mendaftar nama, kami memohon agar anda dapat menjelaskan yuran penyertaan sebanyak rm30.00 bagi pendaftaran individu dan rm100.00 bagi pendaftaran dengan tajaan organisasi pada kadar segera. Kegagalan anda berbuat demekian akan menyebabkan nama anda tidak tersenarai sebagai peserta perkhemahan tersebut. Kepada para peserta yang telahpun mendaftar dan membayar yuran tetapi memerlukan surat pelepasan daripada majikan, anda diminta berhubung dengan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Encik Mohd. Mustaza Bin Haji Mohd. Zain di talian bimbitnya, 019-2110111. Kerjasama anda dalam hal ini amatlah dialu-alukan.
Jawatankuasa Pembangunan Sukan
Berikut adalah disampaikan keputusan pertandingan ping pong peringkat kebangsaan kategori berpasukan yang telahpun diadakan di Kompleks MAB dari 12-14hb November 2010.
Johan: SBM Cawangan KL/Selangor.
Naib Johan: SBM Cawangan Kelantan Darul Naim.
Ketiga: SBM Cawangan Pulau Pinang Pulau Mutiara.
Keempat: SBM Cawangan Perak Darul Ridzuan.
Sekalung tahniah dan syabas kepada pasukan yang berjaya.
Cawangan KL-Selangor
Pendaftaran dibuka sekarang bagi ahli-ahli Cawangan KL/Selangor yang ingin menghadiri mesyuarat agung luar biasa 2010 yang akan diadakan pada hari ahad, bersamaan 12hb Disember 2010 bertempat di Hotel Sri Cempaka, PGRM, Kuala Lumpur. Bagi maksud pendaftaran, sila hubungi pejabat Cawangan KL/Selangor di talian 03-22742794 pada waktu pejabat sebelum atau selewat-lewatnya pada hari ahad, bersamaan 28hb November 2010.
Persatuan Rekreasi Sukan Cacat Penglihatan Kuala Lumpur (PRSCPKL)
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Rekreasi Sukan Cacat Penglihatan Kuala Lumpur (PRSCPKL) akan mengadakan jamuan makan malam akhir tahun bersempena dengan sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU Penglihatan) Bertempat di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur pada hari sabtu, bersamaan 18hb Disember 2010. Yuran pendaftaran yang dikenakan adalah sebanyak RM25.00 untuk ahli manakala RM40.00 untuk bukan ahli. Bagi maksud pendaftaran dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi sama ada Puan Norhazira Binti Mohd. Nor di talian bimbitnya, 012-3545217 ataupun Cik Rosni Binti Saini di talian bimbitnya, 013-3402515 sebelum ataupun selewat-lewatnya pada hari rabu, bersamaan 1hb Disember 2010.
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK Setapak)
Dengan sukacitanya dimaklumkan kepada semua bekas-bekas pelajar SMPK bahawa Pendaftar Pertubuhan Malaysia telahpun meluluskan pendaftaran Persatuan Alumni SMPK. Oleh itu, jawatankuasa penaja SMPK akan memanggil mesyuarat agung yang pertama dalam sedikit masa lagi. Harap ambil perhatian.
Adalah diingatkan bahawa setiap info untuk perkhidmatan talian info SBM hendaklah sampai kepada kami tidak lewat dari hari jumaat jam 5 petang pada setiap minggu.
Iklan-Iklan
Adakah anda ingin mencari sebuah mesin perkins brailler terpakai keluaran Amerika Syarikat? Jika ya, kami ada berita baik untuk anda yang ingin mencari sebuah mesin perkins brailler terpakai yang mana mesin ini belum pernah dibaiki lagi dan masih dalam keadaan yang sempurna. Harga tawaran ialah RM1500.00 dan masih boleh dirunding tawar. Kepada yang berminat dan untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Ng Eu Khoon di talian ibu pejabat SBM, 03-22746162 pada waktu pejabat untuk tujuan temujanji.
Adakah bil elektrik anda melambung setiap bulan dan anda inginkan penjimatan elektrik yang berterusan? Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana ada jalan penyelesaiannya. Smart Energy Saver dicipta khas untuk menstabilkan voltan, mengawal serta membantu memanjangkan jangka hayat peralatan elektrik anda, sekaligus mengurangkan kadar bayaran semasa bil elektrik anda. Mudah digunakan, dijamin selamat serta sah di sisi undang-undang, mempunyai jaminan SIRIM dan kad jaminan 12 bulan. Harga di pasaran adalah di antara RM250.00 ke RM300.00 seunit. Kini, anda boleh memiliki alat ini dengan harga serendah RM230.00 seunit. Untuk info lanjut serta tempahan, sila hubungi sama ada Encik Mohd. Mazlan Bin Mamat di talian 012-2999364 ataupun Puan Fariza Hiezua Binti Abdul Rahman di talian 012-3532528. Jimatlah bertahun-tahun dan tentunya berbaloi-baloi.
Hello rakan-rakan budiman sekalian, sertailah kami untuk urutan badan yang menyegarkan di samping urutan tapak kaki pada kadar perkhidmatan yang sungguh berpatutan. Waktu operasi kami adalah dari jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Beralamat di No.148-1, Jln Radin Anum Satu, Taman Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur. Untuk pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-90586644 ataupun menerusi alamat e-mail goldentouchblindmassage@yahoo.com.
Berita baik kepada anda yang ingin membeli bad ping pong di mana anda boleh memilikinya dengan harga serendah rm15.00 sahaja. Untuk keterangan lanjut serta tempahan, anda boleh menghubungi Encik Cheah Poh Keat di talian bimbitnya, 016-3232989.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.
Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment