Saturday, November 20, 2010

Zuraidah Ketua Wanita PKR Hina Anak-Anak Sindrom Down!

Saturday, November 20, 2010 |

Zuraidah Ketua Wanita PKR Hina Anak-Anak Sindrom Down!

KETUA WANITA PARTI Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin mengaku, parti itu melahirkan ‘anak tidak cukup bulan’ menyebabkan ada yang terencat akal lalu bertindak keluar parti.

“Kita akui, Keadilan sebuah parti baru dan melahirkan anaknya sebagai pemimpin yang tidak cukup bulan. Mana-mana pemimpin yang berjaya dan kekal dalam parti adalah anak istimewa.

” Mereka yang lompat parti adalah kanak-kanak yang menghidap sindrom down atau terencat akal,” katanya.

” Mereka yang lompat parti adalah kanak-kanak yang menghidap sindrom down atau terencat akal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Keadilan Wanitake-6, di sini, sebagai mengulas pergolakan dalam PKR yang menyaksikan ramai pemimpin dan wakil rakyatnya bertindak keluar parti. Zuraidah berkata keadaan itu berlaku kerana PKR sebuah parti baru yang cuma berusia 10 tahun.

Beliau juga mengakui jumlah cabang Wanita PKR yang berjaya mengadakan mesyuarat agung berkurangan kepada 106 sahaja tahun ini berbanding 206 pada tahun lepas. Bagaimanapun perkara itu katanya berpunca daripada usaha pemutihan parti. – BERNAMA

1. Saya sangat sedih dengan penghinaan terbaru Zuraidah yang menganggap bekas ahli-ahli PKR yang telah keluar daripada parti tersebut boleh dianggap sebagai “anak yang dilahirkan tidak cukup bulan dan terencat akal”. Bahkan lebih jauh daripada itu, Zuraidah sanggup mendakwa mereka yang lompat keluar daripada PKR, boleh diklasifikasikan sebagai seorang kanak-kanak yang mengalami sindrom down. Nauzubillah minzalik. Lihatlah, inilah bentuk, cara dan akhlak Ketua Wanita Keadilan yang kononnya mahu menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini.

2. Soalnya sekarang, apakah seorang kanak-kanak yang mengalami sindrom down begitu hina pada kaca mata Zuraidah? Apakah ibubapa yang membela dan menjaga anak mereka yang mengalami sindrom down turut dilihat sebagai manusia yang hina-dina? Kiasan atau analogi yang digunakan oleh Zuraidah itu sangat tidak beretika dan sesuai. Sekali pun beliau ingin menghina ahli-ahli PKR yang keluar daripada parti tersebut, tetapi gunakanlah kiasan yang betul dan lebih berlapik. Jika Zuraidah sanggup melabelkan ahli-ahli PKR yang keluar daripada parti tersebut sebagai “kanak-kanak yang terencat akal”, saya tidak mampu membayangkan apakah kiasan yang bakal digunakannya untuk melabelkan ahli-ahli UMNO pula. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

3. Mungkin Zuraidah tidak diuji oleh Allah dengan kelahiran anak yang mengalami sindrom down – namun demikian, itu bukan tiket untuk beliau menghina dan mencaci orang lain dengan menggunakan analogi penyakit tersebut. Ia perbuatan yang sangat jijik dan kotor. Jika inilah jenis manusia yang dipilih oleh penduduk Ampang untuk mewakili kawasan mereka, maka tunggulah kehancurannya. Apakah kita masih tidak mahu insaf dengan menyokong Anwar Ibrahim dan PKR lagi? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.

azlishukri.blogspot.com



Related Posts



2 comments:

pendidikan khas tementi said...

Salam....mohon link kan blog saya disini...saya juga ada linkan blog saudara/i
http://www.pkhastementi.blogspot.com/

Ramlan Arshad said...

Tanda-tanda Pembangkang Tidak Perjuangkan OKU..

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog