Wah, nampaknya, dah begitu lama tidak menjelajahi blog saya ni. Almaklumlah, sibuk sangatlah. Ada kot dalam setahun mungkin tak terkemaskini blog ni.
Sedar tak sedar, kita telah pun melangkah ke tahun 2012. Masa begitu cepat sekali berlalu. Apa yang akan berlaku pada tahun ini? Yang pastinya, pilihanraya yang ditunggu-tunggu pasti berlaku. Dan diharapkan, Barisan Nasional telah membuat persediaan yang cukup dan rapi untuk menghadapi pilihanraya ini.
Pada tahun ini juga, RTM sekali lagi terpaksa mengorbankan salah satu saluran radio FM-nya untuk mengwujudkan saluran yang telah lama berkubur. Saluran radio yang terpaksa dikorbankan ialah saluran Muzik FM. Dan digantikan dengan saluran Nasional FM yang telah dikuburkan pada Ogos 2006 gara-gara ingin mengwujudkan saluran Klasik Nasional pada ketika itu.
Semua cawangan SBM dah adakan BGM tahun lalu. Ada yang bertukar tampuk pemerintahan ada yang kekal. yang pastinya, saudara Hashim Ishak dari melaka dan saudara Nasir dari Terengganu masih kekal di takhta SBM cawangan masing-masing. Tampuk pemerintahan SBM Pulau Pinang telah pun bertukar tangan dari saudara Tan Ah Ba kepada Md Akhir Embi.
Pada Jun tahun lalu, SBM telah mendapat seorang setiausaha eksekutif yang baru yang menggantikan tempat cik Chok Siew Lee. nama beliau ialah cik Azeera Arifin. Beliau seorang yang amat rajin dan tekun bekerja tanpa mengenal penat-lelah.
Ok, kalau anda semua ingin berbual di atas talian, bolehlah menggunakan perisian yang dipanggil Loud Talks. Untuk memuat turun perisian ini, sila Klik di sini.
Ok, setakat ini dahulu celoteh buat kali ini. Jumpa lagi. Bye.
1 comments:
thaks gan infonya, Sprei
Post a Comment