Sunday, October 28, 2012

memecah tembok ketakutan bahagian dua. Terakhir.

Sunday, October 28, 2012 |

7TH Oktober 2011. Jam 4.30 pagi. Telefon di bilikku berdering. Pengerusi SBM johor saudara Zainol telah menyambut panggilan itu. Rupanya, panggilan dari pengerusi SBM Terengganu. nak ajak aku turun ke kedai makan yang terletak kat sebelah hotel untuk makan. hah, bab makan, aku pantang diajak. mesti nak punya.

Jam 4.40 pagi, Pengerusi SBM Terengganu saudara Nasir dan rakannya Rahim dah sampai ke bilik. kami ajak Zainol sekali, tapi dia tolak. Selepas pintu ditutup rapat, kami beredar turun ke kedai yang terletak bersebelahan dengan hotel new Winner. Kedai mamak. Tak ingat nama dia.

Di sana, aku makan tiga keping roti canai dan minum nescafe o. Sambil kami makan dan minum, kami pun bersembang. Suasana di pagi Sabtu yang dingin itu amat selesa sekali. Sampai kami pun tak sedar dah berapa lama kami melepak di kedai itu. Tau-tau, dah pun kedengaran azan subuh.

6.30 pagi. Kami kembali ke bilik. Bila aku masuk ke bilik, Zainol dan pak Cu sedang bersiap-siap nak pergi makan rasanya. Selepas itu, aku ke bilik nasir dan Rahim. Aku melepak-lepak di situ. Nasir pula, hisap rokok. Begitu juga dengan Rahim.

8.15 pagi. Aku, Nasir dan Rahim pun bergerak turun ke lobi hotel. Kami nak ke bangunan SBM pusat sebab hari tu, ada mesyuarat majlis presiden. Apabila melalui kedai mamak bersebelahan dengan hotel, kami terserempak dengan pak Cu dan Zainol yang sedang makan. Kami pun duduklah berbual-bual dengan mereka.

8.55 pagi. kami sampai di bangunan SBM Pusat di jalan Padang Belia. Di sana, kedengaran bunyi riuh-rendah suara orang. kami pun masuk ke bilik mesyuarat dan duduklah di tempat masing-masing. Mesyuarat dijadual bermula jam 9.00 pagi.

“Eh Khai Eong, awak balik bila?” Aku ditegur oleh seorang perempuan. Dan kini, tahulah aku, suara itu milik Azeera Ariffin, setiausaha eksekutif SBM. Suaranya sedap dan best sekali. “Saya balik besok.” Jawab aku rengkas saja.

Minit mesyuarat pun diedarkan kepada semua yang hadir oleh Azeera. Jam 9.05 pagi, presiden SBM yang tampan dan bergaya, Hj Nazari pun tiba untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden. Jam 9.15 pagi, mesyuarat bermula.

10.00 pagi. kak Fadhilah pun ambik pesanan untuk minum pagi. Aku pesan kopi ais kalau tak salah. Pagi tu, minum kopi ais dan makan sedikit kuih. Sambil-sambil itu, mesyuarat terus berjalan.

12.45 tengahari, tuan presiden pun memberhentikan mesyuarat untuk makan tengahari. Aku, nasir, hashim dan Rahim pun turunlah pergi ke kedai yang terletak berhampiran dengan premis SBM. keluar dari tangga SBM tu dan belok kanan.

Pada tengahari itu, aku makan nasi dan kari kambing. Wah, best sekali. makan dan minum aku, Rahim dan Nasir pada tengahari itu telah ditaja oleh Hashim. Aku tak beranilah nak mentekedarah banyak sebab mesyuarat belum lagi habis. nanti nak pi toilet, lecehlah pulak.

Selepas selesai makan, kami pun pulang ke bilik mesyuarat SBM. Didapati, masih ramai lagi yang belum balik dari makan tengahari itu. kami melepak. Aku dan nasir telah pergi ke bilik audio Eu Khoon. Kami berbual-bual di sana. jam 2.30 petang, mesyuarat disambung kembali. Jam 2.30 mesyuarat dimulakan kembali.

4.00 petang, sekali lagi kak Fadilah pergi memesan minuman petang. Mesyuarat berakhir jam 4.45 petang. Wah, rasa lega sekalilah mesyuarat dah habis tu. Maklumlah, mata dah mula mengantuk dah.

Aku dan Nasir berdiri di luar bangunan SBM. Jam 5.00 petang, Hj Nazari pelawa aku dan Nasir pergi minum petang. Shukur pun ikut serta. Di gerai, aku hanya minum secawan limau ais. Sambil-sambil itu, aku belajar cara menggunakan telefon touch screen itu.

Jam 5.30 petang, aku dan nasir balik ke hotel. Aku terus balik ke bilik. Di situ, Zainol sedang berkemas-kemas begnya sebab dah nak balik. Khabarnya, dia nak ke rumah anak saudaranya terlebih dahulu.

6.00 petang, Zainol belanja aku makan pasembok atau orang KL cakap, rojak kat kedai tepi hotel tu. Dia juga belanja Abas sekali. Selepas itu, balik ke bilik dan pergi mandi dan tukar baju.

9.00 malam, sekali lagi pergi pekena mi maggi tiga pinggan besar dengan Eu Khoon di kedai berdekatan SBm tu. mamak tu pun naik takut rasanya. 12.00 tengahmalam, masa untuk lending.

Jam 7.00 pagi esoknya, Ahad 8TH Oktober, aku bersiap-siap untuk berangkat pulang. 7.30 pagi, pergi sarapan nasi lemak kat gerai makcik sombong. jam 8.00 pagi, menaiki teksi ke Jalan Duta ditemani oleh seorang sahabat. 8.15 pagi, sampailah ke perhentian bas jalan Duta. Duduk di kerusi menunggu bas yang akan bertolak jam 9.00 pagi. mata mengantuk sekali.

9.00 pagi, bas Trans nasional ke Penang tiba. Aku dibawa naik ke bas tersebut. jam 9.10 pagi, bas memulakan perjalanannya. Jam 12.00 tengahari, bas berhenti di Sungai Perak. 1.50 petang, bas tiba di perhentian stesen bas Sungai Nibung. Aku pulang ke rumah, sampai di rumah, jam 2.30 petang.

Cerita habis.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog