Wednesday, October 29, 2014

TELEY MAB NO. 556

Wednesday, October 29, 2014 |

TELEY MAB NO. 556

 

Isnin, 27 Oktober 2014

 

No. tel: 03-22722687

 

Salam sejahtera,

 

Terdapat 4 pengumuman baharu dan 2 pengumuman lama,

 

Pengumuman 1: Jalan Kaki Tongkat Putih MAB sekitar Brickfields.

 

Acara ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 8 November bersamaan dengan Hari Tongkat Putih. Semua orang buta dijemput untuk mengambil bahagian. Baju T, beg cenderamata dan makan tengah hari akan dibekalkan. Semua mesti berkumpul di Kompleks MAB pada jam 6.30 pagi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Siti Huraizah di samb. 189. Untuk berdaftar, sila hubungi Subra di talian 22722677.

 

Pengumuman 2: Sesi nyanyian bersama lagu-lagu lama Inggeris.

 

Sesi ini akan diadakan pada hari Sabtu, 15 November dari jam 10.30 pagi hingga 1.30 tengah hari di Pusat Warga Emas Orang Buta. Yuran sebanyak RM2.00 sahaja. Sila berdaftar dengan Violet Kok di talian 22742576.

 

Pengumuman 3: Jawatan kosong bersama PERTIS.

 

PERTIS mempunyai kekosongan untuk jawatan Pembantu Pentadbiran. Para pemohon mestilah mampu menggunakan komputer dan internet. Sila hubungi Puan Rosnah Hj Ahmad di talian 012-2163354.

 

Pengumuman 4: Terkini tentang Pertandingan Nyanyian dan Tarian.

 

Acara ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 6 Disember di Dewan Sivik MBPJ. Acara ini telah diaturkan oleh pihak Beautiful Gate dan MCR. Untuk berdaftar, sila hubungi Nabilah di Perpustakaan samb. 150. Tarikh tutup 15 November.

 

Pengumuman 5: Himpunan Istimewa oleh PERKHIDMAT.

 

Himpunan ini akan diadakan pada hari Ahad, 9 November pada jam 9.30 pagi di Dewan MAB. Makan tengah hari akan disediakan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat ini di talian 92211440.

 

Pengumuman 6: Pertandingan Ping Pong oleh Persatuan Sukan Orang Buta Selangor.

 

Pertandingan Ping Pong kategori campuran akan diadakan pada hari Sabtu, 8 November di Bilik Kelab Rekreasi MAB. Yuran sebanyak RM10.00 sahaja. Mereka yang berminat, sila hubungi Mohd. Adha di talian 017-3532866.

 

Terima kasih,

 

Ikhlas,

En. Godfrey Ooi.


TELEY MAB NO. 556

 

Monday, 27th October 2014

 

Tel. no.: 03-22722687

 

Hello friends,

 

There are 4 new and 2 old announcements,

 

Announcement 1: MAB White Cane Walk around Brickfields.

 

This will be on Saturday, 8th November in conjunction with The White Cane Day. All the blind are invited to take part. T-shirts, goody bags and lunch will be provided. All must assemble at The Kompleks MAB at 6.30 am. For more info, please call Siti Huraizah at ext. 189. To register, please call Subra at 22722677.

 

Announcement 2: English Oldies Sing Along Session.

 

This will be on Saturday, 15th November from 10.30 am to 1.30 pm at The Elderly Blind Centre. The fee is RM2.00 only. Please register with Violet Kok at 22742576.

 

Announcement 3: Job vacancy with PERTIS.

 

PERTIS has a vacancy for an Admin Assistant. The applicants must be able to use the computer and internet. Please contact Puan Rosnah Hj Ahmad at 012-2163354.

 

Announcement 4: Singing and Dance Contest update.

 

This will be on Saturday, 6th December at The MBPJ Civic Centre. This organised by Beautiful Gate and MCR. To register, please call Nabilah at the library ext. 150. Closing date is Nov 15.

 

Announcement 5:  Special Gathering by PERKHIDMAT.

 

This will be on Sunday, 9th November at 9.30 am at The MAB Hall. Lunch will be provided. For more information, please call the office at 92211440.

 

Announcement 6: Ping Pong Competition by The Selangor Blind Sport Association.

 

The ping pong competition mix category will be on Saturday, 8th November at The MAB Recreation Club Room MAB. The fee is RM10.00 only. Those interested, please call Mr. Mohd. Adha at 017-3532866.

 

Thank you,

 

Regards,

Mr. Godfrey Ooi.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog