Friday, December 19, 2014

Talian Maklumat PERTIS 15 Disember 2014

Friday, December 19, 2014 |

Talian Maklumat PERTIS 15 Disember 2014

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 15   Disember  2014,

bersamaan 22  Saffar 1436 Hijrah. .(Isnin).

Pengumuman Terkini

 

Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

 

1.1 Kumpulan Sukarelawan

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

berhasrat untuk mengujudkan Kumpulan Sukarelawan.

Okjektif mengujudkan kumpulan tersebut ialah:

1.1.1 untuk membantu ahli-ahli sekiranya pihak PERTIS menganjurkan program/aktiviti seperti bengkel, kursus, Mesyuarat,  jamuan dan yang seumpama dengannya.

1.1.2 Untuk menjalinkan hubungan mesra antara ahli-ahlibiasa PERTIS yang OKU penglihatan dengan sukarelawan atau orang normal yang suka membuat kerja-kerja amal kemasyarakatan.

 

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai kumpulan sukarelawan tersebut,

Sila hubungi Encik Osman Nordin Bin Omar selaku pengerusi Biro  Kesejahterahan

dan Kebajikan Kemasyarakatan  Pusat PERTIS,

di talian 013 364 1994.

Syarat utama yang di perlukan ialah:

I.                    mereka yang rabun dan orang normal.

II.                 Yang sanggup bertugas bila-bila masa di perlukan.

 

1.2 Jawatan Kerani PERTIS.

Pada30 Muharram 1436 Hijrah bersamaan  23 November 2014 Masihi (ahad)

Suatu acara temuduga untuk jawatan kerani secara kontrak  telah dijalankan di Ibu Pejabat PERTIS. Encik Ahmad Bin Abdul Wahab telah di pileh untuk menjawat jawatan kerani secara kontrak.Beliau akan mula bertugas pada 14 Rabiul-awal 1436 Hijrah bersamaan5 Januari 2015 (isnin)

Semoga dengan adanya penambahan kerani melicinkan lagi pengurusan di Ibu Pejabat PERTIS. Kepada mereka yang tidak Berjaya jangan putus asa.

Jika ada keperluan mereka akan di jemput berkerja sebagai part time di pejabat PERTIS.

 

1.3 PROGRAM  AKADEMI PENGAJIAN SAHABAT INSANI.

 

Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar-pelajar OKU penglihatan lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),

bagi menyertai program-program kendalian AKADEMI PENGAJIAN SAHABAT INSANI sebagaimana berikut:

 

a) Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz Insani (Sahabat Insani Penglihatan)

b) Program Persijilan Lepasan SPM (Persijilan Islam Sahabat Insani)

 

Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz Insani

(SMIITI Sahabat Insani Penglihatan)

Sekolah yang menyediakan pendidikan peringkat menengah rendah dan menengah tinggi dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan ini dikhususkan untuk:

1. Pelajar lelaki dan perempuan lepasan sekolah rendah/UPSR

2. Pelajar yang menghadapi masalah penglihatan

3. Pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran

 

Kelebihan SMIITI Sahabat Insani Penglihatan:

1. Menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

2. Mempraktikkan pendekatanPendidikan Berasaskan Atribut (Attribute Based Education)

3. Membentuk pelajar yang seimbang kemahiran dunia dan akhirat

4. Menyediakan kemudahan asrama

5. Mempunyai Pakar/Penasihat Pendidikan berwibawa

 

Program Persijilan Lepasan SPM (Persijilan Islam SahabatInsani)

Program ini merangkumi:

1. Sijil Pengajian Al-Quran

2. Sijil Pengajian Syariah

3. Sijil Pengajian Usuluddin

4. Sijil Tahfiz al-Quran

 

Program yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pengajian Berterusan Universiti Malaya (UMCCED) ini dikhususkan untuk:

1. Pelajar lelaki dan perempuan lepasan sekolah menengah/SPM

2. Pelajar yang menghadapi masalah penglihatan

3. Pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran.

 

Kelebihan Persijilan Islam Sahabat Insani:

1. Menggunakan program persijilan yang berakreditasi

2. Mempunyai Pakar/Penasihat Pendidikan berwibawa

3. Membuka peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi terus Yang Dipertua Pertis,

Encik Mohammad FaizalBin  Che Yusof di talian 012 937 6539.

 

1.4 Ahli yang di tumpa musibah.

Encik Baseri Bin Ahmad telah di masukan ke hospital semula pada 11Saffar 1436 Hijrah

bersamaan 4 Disember 2014 Masihi (Khamis)

Beliau telah pengsan ketika menjalani dialysis di Pusat Dialysis pada hari khamis.

 

Selain daripada penyakit yang sedang beliau alami iaitu masalah buah pingang,paru-paru, kencing manis dan yang sewaktu dengannya, beliau juga telah di sahkan oleh doktor bahwa sekarang  terkena jangkitan kuman.

 

. Pengumuman dari pertubuhan-pertubuhan atau ajensi lain.

2.1 Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia,

Society Of The Blind In Malaysia (SBM)

Cawangan Kuala Lumpur/Selangor,

Akan menganjurkan Pertandingan Pingpong Peringkat Zon Selatan 2014.

Pertandingan tersebut akan di jalankan seperti berikut:

Tarikh:

26,27 dan 28 Saffar 1436 hijrah

Bersamaan19,   20 dan21  Disember2014 (Jumaat – ahad)

Tempat:

Bilik Klub Rekrasi MAB, (KRM)

Persatuan Orang Buta Malaysia,

Kompleks MAB,

Bricfields, Kuala Lumpur.

Terdapat 4 buah cawangan akan menyertai  pertandingan tersebut iaitu:

Cawangan Kuala Lumpur/Selangor, Cawangan Melaka, Kawasan Johor

dan Kawasan Negeri Sembilan.

Johan pertandingan  akan mendapat Piala Pusingan Presiden SBM

Pertandingan Pingpong Peringkat Zon Selatan.

dan wang tunai.

2.2 Hari OKU Peringkat Negeri Selangor 2014

Sambutan Hari OKU peringkat negeri Selangor tahun 2014 akan di adakan seperti berikut:

Tarikh:

28 Saffar 1436 Hijrah bersamaan 21 Disember 2014 Maasihi (ahad).

Tempat:

Di Shah Alam Selangor.

Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang.

Di antara program-program yang akan di jalankan ialah:

forum, sukanika dan masjlis perasmian.

Majlis perasmian akan di sempurnakan oleh YB Azmin Bin Ali.

dua buah bas akan di sediakan.

Kepada mereka yang berhasrat untuk mengikuti program tersebut sila berkumpul di perkarangan MAB. Bas akan bertolak pada pukul 8.00 pagi.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Osman Nordin Bin Omar di talian 013 364 1994.

 

 

Peringatan:

 

1.    Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950)

sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

 

2.  Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS Setiausaha Agong PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut, rosmelati60@gmail.com, dan no. telefon 0122163354, 0129772341 atau 03 2034 7007.

 

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

 

Diselaraskan Oleh

 

Puan Rosnah Ahmad

Setiausaha Agung 

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog