Saturday, April 25, 2015

Talian Maklumat PERTIS 20 April 2015

Saturday, April 25, 2015 |

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 20 April 2015 Masihi, bersamaan 1 Rejab 1436 Hijrah Isnin.

Pengumuman Terkini

Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

1.1 Program JAWI Bersama PERTIS.

Atas beberapa sebab yang tak dapat deelakan, program JAWI bersama PERTIS,

Yang dijadualkan pada 7 Rejab 1436 Hijrah bersamaan 26 April 2015 Masihi (ahad) telah ditunda ke suatu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Segala kesulitan yang terjadi amat dikesali dan pihak PERTIS memohon ribuan kemaafan.

1.2 Program Isra’ mikraj.

PERTIS melalui Biro Dakwah dan Pendidikan Pusat PERTIS,

Akan menganjurkan program Isra’ Mikraj 1436 Hijrah.

Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 28 Rejab 1436 Hijrah bersamaan 17 Mei 2015 Masihi (Ahad).

Tempat: Dewan Dr Ismail Salleh,

Kompleks MAB,

Jalan Tebing Off Jalan Tun Sambanthan 4,

Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa: 9.00 Pagi hingga 1.00 tengah hari.

Penceramah jemputan: Ustaz Fozi Bin Husin.

Makan tengah hari akan disediakan.

Semua ahli dan bukan ahli PERTIS, dijemput ke majlis tersebut.

Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan demi menjayakan aktiviti tersebut.

Pihak PERTIS dahului dengan ucapan terima kasih.

1.3 dua Jawatan kosong Di Ibu Pejabat PERTIS.

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang berminat untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan berikut:

1.3.1 Setiausaha Eksekutif.

Syarat kelayakan:

1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf.

2. Mampu berkerja secara sendiri dan berpasukan.

3. Lelaki ataupun perempuan.

4. Punyai minat yang tinggi untuk menyumbang ke arah pembangunan OKU penglihatan.

5. Berketerampilan dan penguasaan dwi bahasa adalah satu kelebihan.

Tugasan utama termasuklah menyelia dan merencana tugasan atau operasi di pejabat, melaksana dan mengemukakan cadangan ke arah memenuhi fungsi-fungsi persatuan.

1.3.2 Pembantu penerbitan.

1. Penguasaan Braille dan Duxbury.

2. Berminat dalam kerja-kerja penerbitan Braille.

3. Fahami bahasa dan tulisan arab.

4. Mampu berkerja secara sendiri dan berpasukan.

5. Mempunyai keterampilan diri dan iltizam yang tinggi.

Bagi kedua-dua jawatan di atas, sila emailkan resume kepada Setiausaha Agung PERTIS melalui email beliau,rosmelati60@gmail.com selewat-lewatnya 21 Rejab 1436 Hijrah bersamaan 10 Mei 2015 Masihi.

1.4 pengumuman dari kelab amru al'as pertis.

kelab amru al'as akan menganjurkan kem kepimpinan belia padatarikh:

26 hingga 28 Rejab 1436 Hijrah

bersamaan 15 hingga 17 mei 2015(Jumaat hingga Ahad).

Para belia di bawah usia 40 tahun adalah dipelawa untuk menyertai kem ini.
untuk tujuan pendaftaran, saudara-saudari boleh menghubungi cek raihah
di talian ibu pejabat pertis iaitu 03 40212631 pada waktu pejabat.
yuran pendaftaran sebanyak rm10 akan dikenakan. sebarang kemusykilan
sila hubungi en. Mohd Shafiri bin Jusoh ditalian 012 2002140

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-4021 2631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,

rosmelati60@gmail.com,

dan no. telefon 012-216 3354/013-261 7278

atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah Ahmad

Setiausaha Agung

persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog