Friday, April 3, 2015

Talian Maklumat PERTIS 30 Mac 2015

Friday, April 3, 2015 |

Talian Maklumat PERTIS 30 Mac 2015

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula

pada 30 Mac 2015 Masihi bersamaan 09  Jamadil-akhir 1436 Hijrah. (isnin)

 

Pengumuman Terkini.

 

Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

 

1.1 Pelantikan Jawatankuasa Pusat PERTIS Baru.

Pada07 Jamadil-akhir 1436 Hijrah bersamaan 28 Mac 2015 (Sabtu)

Ahli Jawatankuasa Pusat PERTIS telah menjalankan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat PERTIS (AJKPP) Bil1/2015.

Melalui mesyuarat tersebut telah diadakan pelantikan jawatankuasa baru.

Encik Osman Nordin Bin Omar, Ahli Jawatankuasa Pusat PERTIS

telah dilantik sebagai Bendahari kehormat PERTIS,

menggantikan Encik Mohd Nasir Bin Mohd Yusof yang telah meletakkan jawatan Bendahari Kehormat pada 18 Jamadil-awal 1436 Hijrah bersamaan 09 Mac 2015 Masihi.

 

Sehubungan dengan itu terdapat dua kekosongan jawatankuasa di peringkat Pusat.

Encik Jasmadi Bin Budin,

Dilantik sebagai Pengerusi Biro Kesejahteraan dan Kemasyarakatan Pusat PERTIS,

Mengantikan Encik Osman Nordin Bin Omar yang dilantik sebagai bendahari Kehormat Pusat PERTIS.  Encik (ustaz) Mohd Noor Bin Awang Ngah,

Sebagai Pengerusi Dakwah dan Pendidikan Pusat PERTIS,

Mengantikan Encik Wan Mohd Suhaimi Bin Wan Mohd Zawil Abidin yang telah meletakkan jawatannya pada 24 Jamadil-awal 1436 berrsamaan 15 Februari 2015

Kepada semua diucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas

yang telah di amanahkan dengan jujur dan ikhlas demi persatuan dan islam.

1.2 Ceramah Khas Untuk Muslimah.

Melalui Biro Muslimah, Kebudayaan dan Kesenian Pusat PERTIS,

Satu ceramah khas untuk muslimah akan dijalankan.

Ceramah tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh:

06 Rejab 1436 Hijrah

Bersamaan  25 April 2015 Masihi (Sabtu)

Tempat:

Dewan Dr Ismail Salleh,

Kompleks MAB,

Jalan Tebing Off Jalan Tun Sambanthan 4,

Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa:

10.00 pagi.

Tajuk ceramah ialah Hak-hak Wanita Dalam Undang-undang Islam.

Oleh Puan Suraya dari mahkamah syariah Kuala Lumpur.

Semua dijemput sama ada wanita atau lelaki.

Makan tengah hari disediakan dan ianya terhad kepada 100 orang.

Untuk pendaftaran dan mendapat kupon sila hubungi Puan Sariyah Binti Nordin di talian 013-341 1066. siapa cepat dia dapat.

1.3 Yuran Keahlian.

Kepada semua ahli PERTIS, yang belum menjelaskan yuran tahunan bagi tahun 2015

sila jelaskan yuran tersebut. Tarikh akhir untuk menjelaskan yuran tersebut ialah

pada 13 Ramadhan 1436 Hijrah bersamaan 30 Jun 2015.

Sebarang pertanyaan dan pembayaran sila hubungi Encik Osman Nordin Bin Omar,

Bendahari Kehormat PERTIS di talian 013-364 1994.

 

2. Pengumuman Dari PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus.

2.1 PERTIS  Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus,

  telah mengadakan Mesyuarat Agung 2015 pada hari sabtu, 30 Jamadil-awal 1436 Hijrah bersamaan 21 Mac 2015.

Mesyuarat tersebut telah dijalankan di pejabat PERTIS Wilayah Negeri Sembilan iaitu di Taman Syukur Ampangan. Encik Mohd Hairie Bin Aris telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tempat beliau telah digantikan oleh encik Salam Bin Sarip.

Jawatan pengerusi bagi sesi 2015 hingga 2016.

Untuk jawatan juru audit PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus telah disandang oleh Encik Mohd Nasir Bin Haji Mohd Yusoff bagi tahun 2015.

2.2 Lawatan Ke Langkawi.

Program Lawatan ke Langkawi yang telah dijadualkan pada 11 Rejab 1436 Hijrah

bersamaan 30 April khamis hingga 14 Rejab 1436 Hijrah bersamaan 3 Mei 2015 Masihi Ahad telah ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

 

 

Peringatan:

 

1.  Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telian maklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950)
sila maklumkannya kepada Puan  Siti Haida Hamedan di talian
ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2.     Sila ambil maklum,

semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba

ke peti e-mail atau ke peti SMS Setiausaha Agong PERTIS

selaku penyelaras talian maklumat ini, selewat-lewatnya

pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.

alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut:

Email:  rosmelati60@gmail.com,
no. telefon 012 216 3354, 013 261 7278

atau 03 2034 7007 pada waktu pejabat.

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa
yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman
pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan Oleh


Puan Rosnah Binti  Ahmad


Setiausaha Agung
Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog