Thursday, April 9, 2015

Talian Maklumat PERTIS 06 April 2015

Thursday, April 9, 2015 |

Talian Maklumat PERTIS 06 April 2015

 

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),
membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 06 April 2015 Masihi, bersamaan 16 Jamadil-akhir 1436 Hijrah Isnin.

 

Pengumuman Terkini


Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

 

1.     Program Khas Untuk Muslimah.
JAWI dengan kerjasama Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),

Akan menganjurkan program khas untuk muslimah.

Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh:
06 Rejab 1436 Hijrah bersamaan 25 April 2015 (Sabtu)
Tempat:

Dewan Dr Ismail Salleh,
Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB)
Komplek MAB,
Jalan Tebing Of Jalan Tun Sambanthan 4,
Brickfields, Kuala Lumpur.
Masa:

08.00 Pagi hingga 04.00 Petang.

 

Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan sepanjang program tersebut dijalankan. Selain daripada program dari JAWI, suatu slot ceramah bertajuk Hak-hak Wanita dalam Undang-undang Islam akan diadakan. Ceramah tersebut akan disampaikan oleh Puan Suraya dari mahkamah Syari’ah.  Tentatif program sepenuhnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa dan sila ikuti talian maklumat pada minggu seterusnya.

Semua dijemput ke program tersebut termasuk juga kaum lelaki.


2. Pengumuman dari organisasi lain.

 

2.1 Notis Mesyuarat Agung SBM Cawangan KL/Selangor DWI Tahunan yang pertama 2015.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa
Pertubuhan orang Cacat Penglihatan Malaysia,
Society Of The Blind In Malaysia, (SBM)
Cawangan Kuala Lumpur/Selangor,
Akan mengadakan Mesyuarat Agung DWI Tahunan Yang Pertama 2015.

Mesyuarat tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh:

05 Sya’ban 1436 Hijrah bersamaan 23 Mei 2015 Masihi bersamaan hari Sabtu.
Tempat:

Di Hotel City Villa,
69, Jalan Haji Hussein,
Off Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur.
Masa:

10.00 pagi.

 

2.2 Semua ahli SBM Kuala Lumpur/Selangor dijemput ke mesyuarat tersebut.
Setiap penyertaan akan dikenakan yuran seperti berikut:
1. Untuk ahli dikenakan RM15.00 seorang.
2. Untuk bukan ahli RM45.00 seorang.

 

Tahun ini akan diadakan pemilehan untuk semua ahli Jawatankuasa iaitu:
Pengerusi cawangan, Timbalan pengerusi Cawangan,
Setiausaha, Bendahari dan 5 orang Ahli Jawatankuasa Cawangan.

Jika ada permohonan dari ahli-ahli SBM KL/Selangor, Bas akan disediakan untuk pergi dan balik

Dari Brickfields ke lokasi mesyuarat.

 

Sebarang pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi
Puan Romainun Zakaria Setiausaha SBM KL/Selangor
di talian 013-258 5967
atau kerani Cawangan di talian03-2274 4476 pada waktu pejabat.

 

Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran pada 25 Rejab 1436 Hijrah
bersamaan 14 Mei 2015Masihi Khamis.

 

2.3 Harap maklum kepada semua ahli SBM KL/Selangor:
Hanya kepada mereka yang telah menjelaskan yuran tahunan 2015 sahaja yang layak mengikuti mesyuarat dan masuk bertanding.

 

2.4 Yuran tahunan.

Mengikut perlembagaan SBM,
Peraturan:
6.6 Tarikh akhir bagi membuat pembayaran yuran keahlianialah
Pada 31hb. Mac setiap tahun.

 

6.7 Mana-mana ahli yang tidak menjelaskan yuran keahliannya pada tarikh seperti yang dinyatakan pada (6.6) akan dianggap sebagai mempunyai yuran tertunggak
dan akan gugur semua keistimewaannya selaku ahli sehingga ahli berkenaan menjelaskan tunggakannya. Satu notis peringatan secara bertulis mengenai perkara tersebut akan segera dihantar kepada ahli berkenaan.

 

6.8 Mana-mana ahli yang tunggakannya masih berbaki pada 31hb. Mei pada setiap tahun akan dianggap sudah berhenti dari menjadi ahli kepada Pertubuhan ini.

 

2.5 Sehubungan dengan itu, pihak SBM KL/Selangor akan memberi kelonggaran kepada mereka yang belum menjelaskan yuran tahunan sehingga 30 April 2015terutama yang akan mengikuti mesyuarat DWI Tahunan yang pertama 2015.
Tujuannya ialah untuk memudahkan pihak pengurusan.

 

1. Yuran tahunan untuk ahli biasa ialah RM10.00.
2. Untuk ahli bersekutu RM05.00
3. Untuk yuran seumur hidupbawah 60 tahun RM60.00.
4. Untuk ahli yang telah mencapai umur 60 tahun ke atas dikecualikan dari yuran tahunan tetapi dengan syarat mengisi borang yang telah disediakan oleh pihak SBM.

 

Sekian Terima Kasih.


3. Iklan:
Rawatan Mata dan Denggi.

 

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera 1 Malaysia

Tahukah anda ada produk kesihatan yang terhebat diMalaysia.Minum kopi atau coco mata boleh merawat, mencegah penyakit mata saperti rabun jauh,rabun dekat,
kabur,gloaucoma,penyakit yang tidak boleh tidur dan lain lain.
Berminat sila hubungi
En Mustafa Yassin tel: 0193332465
Pn. Masita yong tel: 0136841563,
En shahrom tel 0122922406

 

DEMAM DENGGI BUKAN SESUATU YanG BOLEH DIANGGAP MUDAH!!
Ianya adalah sesuatu yang mesti diberikan perhatian serta tindakan segera!!
Untuk info RAWATAN ALTERNATIF!!!
Cepat hubungi kami segera
En. Mustafa Yassin tel: 0193332465
En Shahrom tel: 0122922406
Pn. Masita Yong tel: 0136841563
Harga 1 botol RM70

 


Peringatan:

 

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

 

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com,
dan no. telefon 0122163354, 0129772341 atau 03 2034 7007.

 

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

  

Diselaraskan Oleh
Puan Rosnah Ahmad
Setiausaha Agung
persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog