Wednesday, March 30, 2016

telemaklumat pertis 28mac2016

Wednesday, March 30, 2016 |

 

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada:
isnin, 28  Mac  2016 Masihi, bersamaan 19 Jamadil-akhir 1437 Hijrah
 
Pengumuman Terkini
 
1. Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.
 
1.1 Ucapan Terima Kasih.
PERTIS menerusi Biro Pendidikan dan Dakwah merakamkan  ucapan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah hadir ke program Rawatan Perubatan Islam Peringkat Asas 2016.
Program tersebut telah diadakan pada 18 Jamadil-akhir 1437 Hijrah bersamaan 27 Mac 2016 Masihi (Ahad). Alhamdulillah sambutan yang begitu menggalakan.
Pihak penganjur memohon ribuan ampun dan maaf di atas segala apa yang telah  berlaku sepanjang program tersebut dijalankan. Sesungguhnya kita hanya merancang, namun apa yang berlaku di luar kemampuan kita. Kepada sesiapa yang berkehendakan sijil penyertaan sila SMS atau hubungi Setiausaha Agung PERTIS di talian 012-288 7676 atau 012-216 3354.
Nyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan.
 
1.2 Program Ceramah Umum Untuk Muslimah.
PERTIS melalui Biro Muslimah, Kebudayaan dan Kesenian akan menganjurkan Ceramah Umum  Untuk Kaum Muslim ah yakni nikah, kahwin dan cerai.
Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh:
02 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 10 April 2016 Masihi (Ahad)
Tempat:
Dewan Dr Ismail Salleh,
Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.
Masa:
09.30 Pagi.
Yuran penyertaan:
Setiap peserta akan  dikenakan rM3.00. Sehubungan dengan itu, untuk pendaftaran dan bayaran sila hubungi Pn. Sariyah Binti Nordin Pengerusi Biro Muslimah, Kebudayaan dan Kesenian di talian
013-341 1066.
Tempat terhad untuk 100 orang sahaja.
Walau pun program tersebut di khaskan untuk kaum muslimah atau wanita, namun kaum lelaki juga dijemput untuk mengikuti program tersebut.
 
1.3 Kakitangan/staf Bertugas Bergilir-gilir Pada Hari Sabtu.
Mulai 24 Jamadil-akhir 1437 Hijrah bersamaan  02 April 2016 (Sabtu)
Pejabat PERTIS  Kawasan Brickfields Kuala Lumpur akan beroperasi.
Ianya akan bermula pada 09.00 pagi hingga 05.00 petang setiap hari sabtu.
Salah seorang kakitangan/staf akan bergilir-gilir menjalankan  tugas di pejabat tersebut.
Untuk minggu pertama, En. Azim akan mula bertugas. Sesiapa yang berhasrat untuk menjelaskan
yuran tahunan atau  mempumyai sebarang urusan sila ke pejabat PERTIS Kawasan Brickfields
pada masa yang telah ditetapkan. Alamat PERTIS Kawasan Brickfields ialah 42A,  Jalan Padang Belia, Brickfields, Kuala Lumpur. No. telepon 03-2276 2634.
Sayugia diingatkan bahwa ini merupakan peringkat percubaan. Ianya akan berjalan selama 3 bulan berturut-turut. Jika tiada sambutan dari ahli-ahli, perkhidmatan  tersebut akan dihentikan.
Sehubungan dengan itu, , kerjasama dari semua pihak amat diharapkan.
 
2. Pengumuman Dari PERTIS Wilayah.
2.1 PERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur.
PERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur, telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21/2016.
Mesyuarat tersebut telah dijalankan seperti berikut:
Tarikh: 18 Jamadil-akhir 1437 Hijrah bersamaan 27 Mac 2016 Masihi (Ahad).
Tempat:
Di pejabat PERTIS Wilayah Pahang,  Mentakap Pahang Darul Makmur.
Suatu pemilehan Ahli JawatankuasaPERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur telah dijalankan.
Berikut merupakan barisan Ahli Jawatankuasa PERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur
bagi tahun 2016 hingga 2018.
1. Pengerusi:
En. Mohd Bahkri Bin Mat Said.
2. Naib Pengerusi:
En. Sudin Bin Mat Yusoff.
3. Setiausaha:
En. Ahmad Hanafiah bain Bidok.
4. Bendahari:
En. Abidin Bin Mat Ali.
5. Dua orang Ahli Jawatankuasa ialah:
5.1 En. Abd Malik Bin Abd Kadir.
5.2 Pn. Rosminah Binti Abdul RRani.
 
2.2 PERTIS Wilayah Kelantan Darul Naim.
PERTIS Wilayah Kelantan Darul Naim telah mengadakan Mesyuarat Agung kali Ke-21/2016.
Mesyuarat tersebut telah di jalankan di  Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)
Cawangan Kelantan Darul Naim. Suatu pemilehan Ahli Jawatankuasa telah dijalankan.
Berikut merupakan barisan Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2016 hingga 2018.
1. Pengerusi:
En. Mohd Nazri Bin Nawi.
2. Naib Pengerusi:
En. Mohd Zailani Bin  Mohd Noh
3. Setiausaha:
En. Rahimin Bin Abdul Rahman
4. Bendahari:
En. Abdul latif Bin Mat Husin
5. Dua Ahli Jawatankuasa ialah:
5.1 En. Waliyul Amri Bin Wahab
5.2 Che Norhayati Binti Che Hasan.
6. Juru memereksa kira-kira ialah:
En. Azmi Bin Manaf.
Kepada yang Berjaya diucapkan tahniah dan laksanakan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas dan jujur demi agama dan persatuan.
 
Peringatan:
 
1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-4021 2631 pada waktu pejabat.
 
2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com,
dan no. telefon 012-216 3354/013-261 7278
atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.
 
Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
Diselaraskan Oleh
Puan Rosnah Ahmad
Setiausaha Agung
persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS



Related Posts



1 comments:

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya




(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog