Wednesday, March 23, 2016

teley maklumat pertis 21mac2016

Wednesday, March 23, 2016 |

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),
membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 21 Mac 2016  Masihi, bersamaan 12 Jamadil-akhir 1437 Hijrah Isnin.
 
Pengumuman Terkini
 
Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.
 
1. Maklumat Terkini  dan Tentatif Untuk Majlis Perubatan Secara Islam Peringkat Asas 2016.
 
Sebagaimana yang telah dimaklumkan bahwa PERTIS Menerusi Biro Pendidikan
Dan Dakwah akan menganjurkan Majlis Perubatan Secara Islam Peringkat Asas 2016.
Walau bagaimana pun pendaftaran untuk menyertai  majlis tersebut telah pun ditutup.
Memandangkan sambutan  yang begitu menggalakan, pihak Penganjur memohon maaf kerana tidak dapat lagi menerima penyertaan disebabkan tempat yang begitu terhad.
 
Kepada mereka yang telah berdaftar, sila berada di Kompleks MAB  pada tarikh
dan masa yang telah ditetapkan. Anda akan diberi tanda nama atau name tag.
Tujuannya untuk memudahkan urusan sewaktu makan.
Kepada mereka yang berkehendakan sijil penyertaan sila maklumkan kepada Setiausaha Agung PERTIS di talian 012-288 7676 atau 012-216 3354.
 
Berikut merupakan tentatif Program.
Tarikh: 18 Jamadil-akhir 1437 Hijrah bersamaan 27 Mac 2016 Masihi (Ahad).
Tempat: Dewan Dr Ismail Salleh,
Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.
Masa: 08.00 – 09.15 Pagi: Pendaftaran dan sarapan pagi.
09.25 Pagi: Kata-kata aluan daripada pengerusi Majlis dan bacaan doa.
09.30 Pagi: Bacaan ayat suci Al-Qur’an.
09.40 Pagi: Kata-kata aluan daripada pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah Pusat PERTIS.
09.50 Pagi: Ucapan dan perasmian daripada Encik Osman Nordin Bin Omar Bendahari Pusat PERTIS.
10.00 Pagi: Majlis Perubatan Secara Islam Peringkat Asas Bahagian 1  dimulakan.
Penceramah: Penceramah ialah: Yang Berbahagia Ustaz Haji Tuan Asmawi Bin Tuan Omar, Dari Rawatan Islam  Darul Mateen.
01.0 Petang: Makan tengahari dan solat zohor.
02.15 Petang: Majlis Perubatan Secara Islam Peringkat Asas bahagian 2 dimulakan. Yakni teori dan amali.
04.30 Petang: Majlis penyampaian cendrahati, selawat dan bacaan doa penutup.
05.0 Petang: Minum petang dan bersurai.
 
2. Pembayaran Yuran Tahunan Dan Mengemaskini biodata Keahlian.
Sempena dengan Majlis Perubatan Secara Islam Peringkat Asas 2016,
pihak PERTIS  akan membuka kaunter pembayaran yuran tahunan pada hari tersebut. Pihak PERTIS juga sedang mengemaskini biodata keahlian. Sehubungan dengan itu,
sila bawa bersama Salinan kad pengenalan Dan kad   OKU untuk simpanan sebagai rekod. Ini ialah kerana kebanyakan rekod yang ada di pejabat PERTIS sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Tujuannya ialah untuk memudahkan urusan pentadbiran  dikemudian hari. Justeru  itu,  kerjasama dari semua pihak amat diharapkan dan pihak PERTIS dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
3. Edaran Alqur’an dan tafsiran.
PERTIS melalui unit penerbitan  sedang mengedarkan Al-Qur’an yakni  Tafsir Pimpnan  ar-Rahman secara percuma kepada semua ahli-ahli PERTIS. Kepada sesiapa yang belum memiliki Al-Qur’an  tersebut sila dapatkannya
dengan segera di pejabat PERTIS  selagi stop masih ada.
Sila hubungi Pn. Siti Haida Pembantu tadbir PERTIS Unit Penerbitan  di talian
03-2276 2634 pada  waktu pejabat. Sila  beri butir-butir diri seperti
Nama penuh,  nombor kad pengenalan dan bila akan  mengambil Al-Qur’an tersebut.
Kepada mereka yang berada diluar kawasan Kuala Lumpur pihak PERTIS
akan menghantarnya melalui pos. Walau bagaimana pun  kos pembayaran ditangguh sendiri oleh pihak penerima tersebut. Bayaran pos bagi semenanjung Malaysia  ialah RM60.00. Siapa cepat dia dapat.
 

Peringatan:
 
1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-2260 3950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian  pejabat PERTIS Unit Penerbitan Brickfields   03-2276 2634  pada waktu pejabat.
 
2. Sila ambil maklum,
semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com,
dan no. telefon 012-216 3354/012-288 7676  
atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.
 
Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
Diselaraskan Oleh
Puan Rosnah Ahmad
Setiausaha Agung
persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)



Related Posts



1 comments:

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya




(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog