Thursday, December 15, 2016

Pengumuman Mingguan SBM 12 Disember 2016

Thursday, December 15, 2016 |

Pengumuman Mingguan SBM 12 Disember 2016

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Pengumuman Mingguan 12 Disember, 2016

Terdapat empat pengumuman baru pada minggu ini. Dua daripada Ibu Pejabat, satu daripada SBM Cawangan Kelantan dan satu daripada SBM Cawangan Terengganu. Juga dimuatkan adalah iklan pekerjaan untuk Juru Urut dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".

Pengumuman Dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan SBM (JPMI)

Pertandingan menghasilkan klip video

Majlis Kebangsaan OKU melalui SBM akan mengadakan satu pertandingan menghasilkan klip video tentang mobiliti oku penglihatan. Durasi Klip video ini hendaklah antara dua hingga empat minit. Ia hendaklah mempunyai mesej kesedaran kepada masyarakat. Contohnya cara yang betul memimpin OKU penglihatan melintas jalan, penggunaan komputer oleh OKU penglihatan untuk bekerja dan penggunaan pengangkutan awam oleh OKU Penglihatan untuk bergerak.

Klip video ini boleh mempunyai audio seperti muzik latar, dialog dan penerangan dalam bentuk audio serta tulisan. klip video tersebut hendaklah merupakan klip video baharu yang original. Klip video yang telah pernah diterbitkan atau dimuat naik ke mana-mana laman sesawang internet tidak diterima. Ia hendaklah dihantar dalam bentuk vcd (sebanyak dua keping).

hadiah pertama bernilai RM350, 

kedua RM250 dan

ketiga RM150

serta dua hadiah saguhati bernilai RM50 setiap satu.

Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 30 disember 2016.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi dr. Wong di talian bimbitnya: 012-2766750 atau e-mailnya:

wonghueysiew@oum.edu.my

Pengumuman daripada Jawatankuasa Komunakasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA)

Sambutan Hari OKU

Satu Acara Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Kebangsaan Anjuran Bersama Universiti Malaya dan Gabungan Orang Cacat Malaysia akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:--

Tarikh: Khamis, 15 Disember 2016;

Masa: 08:00 pagi hingga 2:00 petang;

Program termasuk perarakan, forum dan pameran.

Pengangkutan, sarapan pagi dan makan tengahari akan disediakan.

Yang Berhormat Dato' Mary Yap, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan wakil-wakil Agensi kerajaan akan turut hadhir.

Warga OKU digalakkan untuk mengemukakan permasalahan-permasalahan yang menjadi penghalang kepada pembangunan OKU dan memberi cadangan-cadangan pada forum tersebut.

SBM mengalakkan orang cacat Penglihatan untuk beramai-ramai menyertai acara ini dan mengambil bahagian khususnya dalam forum itu nanti.

Sila berdaftar dengan En. Adha di pejabat cawangan KL/Selangor selewat-lewatnya pada pukul 4:00 petang pada hari rabu, 14 Disember 2016.

Bas akan berada di perkarangan Menara Sentral Vista pada jam 7:30 pagi dan akan bertolak ke Universiti Malaya pada jam 08:00 pagi.

Pengumuman Ulangan:

Berikut keputusan Pertandingan Membaca Braille Peringkat Kebangsaan NCBM yang telah diadakan pada Jumaat, 2 Disember di pejabat NCBM dan disiarkan secara langsung di Amboi FM dan Radio SBM:--

Bagi Pertandingan Membaca Braille Bahasa Malaysia di bawah 24 tahun:

1.  Nur Syuhada binti Alias

2.  Kelvin Makupi

3.  Kamilah binti Haramai

Bagi Pertandingan Membaca Braille Bahasa Malaysia 25 tahun ke atas:

1.  Alfa Nur Aini binti Erman Efendi

2.  Siti Nurjannah binti Zamzuri

3.  Fadzlin Hiezrie binti Abdul Rahman

Bagi Pertandingan Membaca Braille Bahasa Inggeris bawah 24 tahun:

1.  Teo Zhan Feng

2.  Ang Lit Xuan

3.  Kenzon Yeoh

Bagi Pertandingan Membaca Braille Bahasa Inggeris 25 tahun ke atas:

1.  Chok Siew Lee

2.  Wong Swee Foon

3.  Laxme Preyalatha

Tahniah kami ucapkan kepada kesemua pemenang. Siaran ulangan rakaman pertandingan ini akan kami umumkan di media sosial nanti.

SBM Inclusive Community Challenge 2016

Inilah kali pertama SBM menganjurkan program seperti ini. Seramai 14 kumpulan telah mengambil bahagian. Upacara penutup dan Penyampaian hadiah telah diadakan di Menara Hap Seng 1, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. Berikut adalah keputusan lima kumpulan yang telah memenangi pertandingan pada acara tersebut:

tempat kelima: True Friends, KL/Selangor

Tempat Kempat: SBM Pulau Pinang

Tempat Ketiga: One Essential, KL/Selangor.

Kedua: Golden Silver, SBM Perak

Johan: Kenyalang Warriors, SBM Sarawak.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dan kumpulan-kumpulan lain yang telah menyahut cabaran dalam pertandingan ini.

Memandangkan sambutan yang begitu menggalakan,SBM telah mengambil keputusan untuk mengadakan program ini pada 3 Disember setiap tahun iaitu Hari OKU Antarabangsa bergilir-gilir di Cawangan-cawangan dan Kawasan-kawasan SBM. SBM Cawangan Pulau Pinang telah menawarkan diri untuk mengadakan program ini di Pulau Pinang.

Syabash kami ucapkan.

Pengumuman daripada Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)

Projek - "impian kerja saya"

Satu projek bernama impian kerja saya akan dilancarkan pada
23-desember 2016. Projek ini bertujuan membantu OKU penglihatan yang
ingin mencari pekerjaan. Bagi maksud ini, satu majlis makan bersama
dengan press akan diadakan. Projek ini hanya akan diadakan jika mendapat sambutan daripada rakan-rakan
yang sedang mencari kerja. Cv dan satu muka surat tentang profile diri
termasuk 3 jenis pekerjaan yang diidamkan perlu ditulis dan die-mail
kepada
wonghueysiew@oum.edu.my
tarikh tutup adalah 14-december 2016.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi dr. wong di talian 012-2766750.

Pengumuman Daripada Cawangan/Kawasan SBM

Pengumuman daripada Zon Utara:

Pengumuman daripada SBM Cawangan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut adalah pengumuman daripada SBM Cawangan Perak

Pada 13 dan 14.12.2016 SBM cawangan Perak akan mengadakan lawatan bermalam ke

Pulau Langkawi seramai 40 orang ahli termasuk ahli bersekutu menyertai lawatan tersebut

dengan menaiki sebuah bas.

Pengumuman daripada Zon Selatan:

Tiada pengumuman

Pengumuman daripada zon Tengah

Pengumuman SBM Cawangan KL/Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Program Kraf tangan Untuk Wanita

Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakan, program kraf tangan berasaskan manik untuk wanita yang dijadualkan pada 3 dan 4 Disember telah ditunda kepada suatu tarikh

yang akan dimaklumkan kelak. Pihak penganjur memohon ribuan kemaafan di atas segala kesulitan yang telah dialami.

2. Program Tiga Dalam Satu 2016

Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, SBM Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan Program Tiga Dalam Satu 2016 iaitu Hari Wargamas, Hari Keluarga dan Penyampaian Bantuan Sekolah Untuk Anak-anak Ahli Bagi Sesi persekolahan 2017.

Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 17 Disember 2016

Tempat: Perkarangan Kompleks MAB Brickfields.

Masa: 10:00 Pagi – 4:00 Petang.

Pendaftaran masih dibuka dan yuran pembayaran untuk mengikuti Program Hari Keluarga adalah seperti berikut:

1. Untuk ahli: RM5.00 seorang.

2. Untuk anak-anak ahli bawah 12 tahun: RM3.00 seorang.

3. Untuk bukan ahli: RM10.00 seorang.

4. Untuk anak-anak bukan ahli Bawah 12 tahun: RM5.00 seorang.

Tarikh tutup pendaftaran dilanjutkan sehingga 12 Disember 2016 (Isnin)

Sila hubungi atau SMS ke talian 012-216 3354 atau 012-288 7676

maklumkan nama penuh dan jumlah kehadiran. Atau hubungi En. Mohd Adha Bin Shamsuri pembantu tadbir SBM Cawangan KL/Selangor di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.

Berbagai acara akan dijalankan dan sesungguhnya Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan demi menjayakan program tersebut.

Kad keahlian seumur hidup

Kepada mereka yang telah memohon dan telah mendapat kelulusan keahlian seumur hidup, kad anda telah berada di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor. Sila semak status permohonan anda di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor.

Ini ialah kerana masih banyak kad ahli seumur hidup yang belum dituntut atau diambil

di pejabat. Sila berbuat demikian dan harap maklumkan atau panjangkan kepada ahli-ahli yang berkenaan.

Pengumuman daripada Pantai Timur

PENGUMUMAN DARI SBM CAWANGAN KELANTAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA SBM CAWANGAN KELANTAN AKAN MENGADAKAN MAJLIS MERAIKAN WARGA MAS YANG AKAN DIADAKAN PADA 17 DISEMBER 2016, BERTEMPAT DI PREMIS SBM CAWANGAN KELANTAN, BERMULA JAM 10:00 PAGI – 1:00 TENGAHARI. SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR.

Pengumuman daripada SBM Cawangan Terengganu
SBM Cawangan Terengganu akan mengadakan Taklimat Aksesibiliti melibatkan pihak berkuasa tempatan pada 14 Disember 2016 bertempat di Hotel KT Mutiara Kuala Terengganu bermula jam 10 pagi hingga 1 tengahari.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pejabat SBM Cawangan Terengganu ditalian

09-666 1320.

Pengumuman Daripada Sabah dan Sarawak

Tiada

Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SBM GEMILANG

RANGKAP 1:

Melangkah,

menuju ke hadapan,

Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,

Teguhkan,

semangat yakin diri,

Terus bangkit dan tegak berdiri.

RANGKAP 2:

Pastikan,

tiada jurang membeza,

Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,

Tunjukkan,

agar mereka tahu,

Kau dan aku di dunia yang satu.

KORUS:

Ayuh SBM,

bersatu membawa kejayaan,

Satu tekad sama bergandingan,

Impian yang menggunung segenggam harapan,

Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.

Mari bersama lupakan segala kekurangan,

SBM pasti akan gemilang,

Berkat doa,

usaha dan kurnia dari Tuhan,

Lakukan bersama,

Yakinlah SBM pasti akan berjaya.

ULANG RANGKAP 2:

Ulang KORUS:

Sekian, terima kasih.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog