Thursday, December 8, 2016

Pengumuman Mingguan 5 Disember, 2016.

Thursday, December 8, 2016 |

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 5 Disember, 2016
   

Terdapat enam pengumuman baru pada minggu ini.  tiga daripada Ibu Pejabat, satu daripada SBM Cawangan Perak dan dua daripada SBM Cawangan KL/Selangor.  Juga dimuatkan adalah iklan pekerjaan untuk Juru Urut dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".

Berikut keputusan Pertandingan Membaca Braille Peringkat Kebangsaan NCBM yang telah diadakan pada Jumaat, 2 Disember di pejabat NCBM dan disiarkan secara langsung di Amboi FM dan Radio SBM:--

Bagi Pertandingan Membaca Braille Bahasa Malaysia di bawah 24 tahun:
1.  Nur Syuhada binti Alias
2.  Kelvin Makupi
3.  Kamilah binti Haramai
 
Bagi Pertandingan Membaca Braille Bahasa Malaysia 25 tahun ke atas:
1.  Alfa Nur Aini binti Erman Efendi
2.  Siti Nurjannah binti Zamzuri
3.  Fadzlin Hiezrie binti Abdul Rahman

Bagi Pertandingan Membaca Braille Bahasa Inggeris bawah 24 tahun:
1.  Teo Zhan Feng
2.  Ang Lit Xuan
3.  Kenzon Yeoh

Bagi Pertandingan Membaca Braille Bahasa Inggeris 25 tahun ke atas:
1.  Chok Siew Lee
2.  Wong Swee Foon
3.  Laxme Preyalatha

Tahniah kami ucapkan kepada kesemua pemenang.  Siaran ulangan rakaman pertandingan ini akan kami umumkan di media sosial nanti.

SBM Inclusive Community Challenge 2016

Inilah kali pertama SBM menganjurkan program seperti ini.  Seramai 14 kumpulan telah mengambil bahagian.  Upacara penutup dan Penyampaian hadiah telah diadakan di Menara Hap Seng 1, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.  Berikut adalah keputusan lima kumpulan yang telah memenangi pertandingan pada acara tersebut:

tempat kelima:  True Friends, KL/Selangor

Tempat Kempat:  SBM Pulau Pinang

Tempat Ketiga:  One Essential, KL/Selangor.

Kedua: Golden Silver, SBM Perak

Johan: Kenyalang Warriors, SBM Sarawak.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dan kumpulan-kumpulan lain yang telah menyahut cabaran dalam pertandingan ini.

Memandangkan sambutan yang begitu menggalakan,SBM telah mengambil keputusan untuk mengadakan program ini pada 3 Disember setiap tahun iaitu Hari OKU Antarabangsa bergilir-gilir di Cawangan-cawangan  dan Kawasan-kawasan SBM.  SBM Cawangan Pulau Pinang telah menawarkan diri untuk mengadakan program ini di Pulau Pinang.

Syabash kami ucapkan.

Pengumuman daripada Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)

Projek -  "impian kerja saya"

Satu projek bernama impian kerja saya akan dilancarkan pada
23-desember 2016. Projek ini bertujuan membantu OKU penglihatan yang
ingin mencari pekerjaan. Bagi maksud ini, satu majlis makan bersama
dengan press akan diadakan.  Projek ini hanya akan diadakan jika mendapat sambutan daripada rakan-rakan
yang sedang mencari kerja. Cv dan satu muka surat tentang profile diri
termasuk 3 jenis pekerjaan yang diidamkan perlu ditulis dan die-mail
kepada

wonghueysiew@oum.edu.my

tarikh tutup adalah 14-december 2016.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi dr. wong di talian 012-2766750.

 

     Pengumuman Ulangan:

Pengumuman Daripada Jawatankuasa Komunakasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA)

Perhatian kepada semua.  laman web SBM kini boleh diakses di


www.sbm.org.my.

Jika terdapat sebarang komen, sila emelkan ke


sbmaudiounit@gmail.com


Pengumuman daripada  JPMI dan Majlis Kebangsaan OKU


1. Rencana tentang pekerjaan OKU penglihatan


JPMI mempelawa mereka yang berminat menulis untuk menyumbangkan
rencana yang berkaitan dengan perihal pekerjaan OKU penglihatan. 10
rencana yang terbaik akan dibayar imbuhan dan disiarkan di media
perdana.


Rencana ini boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Panjang rencana adalah tidak melebehi dua mukasurat Msword.


Tarikh tutup adalah 20 december 2016.

Rencana yang sudah siap perlu e-mail kepada:

1. wonghueysiew@oum.edu.my atau
2. Tienhong.83@gmail.com

2.Kursus nvda:

Sesiapa yang berminat untuk belajar nvda, sila berdaftar dengan puan
noor Fadilah binti Abdullah di talian SBM 03-22746162.
Jika mempunyai bilangan peserta yang mencukupi, kelas akan dimulakan
pada awal tahun hadapan. Yuran RM10 akan dikenakan pada setiap
peserta.

3. Kursus meningkatkan imej dan professionalisma juruurut:


Majlis Kebangsaan OKU akan  bekerjasama dengan SBM untuk mengadakan
satu kursus mengenai peningkatan imej dan professionalisma juruurut OKU
penglihatan. Jika mempunyai sambutan yang baik, ia akan dijalankan pada 20 December
2016 atau 22 december 2016 di SBM.

Sesiapa yang berminat, sila berdaftar dengan puan Noor fadilah binti
Abdullah di talian 03-22746162. Sila memberikan nama penuh, nombor . telefon bimbit dan sahkan kehadiran dengan bayaran sebanyak RM5 sahaja.

4. Karnival kerjaya OKU:


Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan satukarnival Kerjaya untuk
membantu OKU mencari kerja. Tarikh adalah pada 25 Nov. 2016 (8 AM hingga 4
PM) bertempat di Aloft Hotel KL Sentral.

 

Pengumuman Daripada Cawangan/Kawasan SBM


    Pengumuman daripada Zon Utara:

Pengumuman daripada SBM Cawangan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut adalah pengumuman daripada SBM Cawangan Perak

Pada 13 dan 14.12.2016 SBM cawangan Perak akan mengadakan lawatan bermalam ke
   Pulau Langkawi seramai 40 orang ahli termasuk ahli bersekutu menyertai lawatan tersebut
   dengan menaiki sebuah bas.


      Pengumuman daripada Zon Selatan:

Pengumuman Daripada SBM Cawangan Melaka

Lawatan Jarak Jauh ke Program MAHA, Serdang akan diadakan pada 7 dan 8 Disember 2016. Kami juga akan ke Planeterium Negara, Jalan TAR serta Kedai Rani. Kemudian kami akan menginap di Sun Inns Hotel, Brickfields


    Pengumuman daripada zon Tengah

Pengumuman SBM Cawangan KL/Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1.       Program Kraf tangan Untuk Wanita

Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakan, program kraf tangan berasaskan manik untuk wanita yang dijadualkan pada 3 dan 4 Disember telah ditunda kepada suatu tarikh
yang akan dimaklumkan kelak. Pihak penganjur memohon ribuan kemaafan di atas segala kesulitan yang telah dialami.

2.       Program Tiga Dalam Satu 2016

Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini,  SBM Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan Program Tiga Dalam Satu 2016 iaitu Hari Wargamas, Hari Keluarga dan Penyampaian Bantuan Sekolah Untuk Anak-anak Ahli Bagi Sesi persekolahan 2017.
Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 17 Disember 2016

Tempat: Perkarangan Kompleks MAB Brickfields.

Masa: 10:00 Pagi – 4:00 Petang.

Pendaftaran masih dibuka dan yuran pembayaran untuk mengikuti Program Hari Keluarga adalah seperti berikut:

1.       Untuk ahli: RM5.00 seorang.
2.       Untuk anak-anak ahli bawah 12 tahun: RM3.00 seorang.
3.       Untuk bukan ahli: RM10.00 seorang.
4.       Untuk anak-anak bukan ahli Bawah 12 tahun: RM5.00 seorang.

Tarikh tutup pendaftaran dilanjutkan sehingga 12 Disember 2016 (Isnin)
Sila hubungi atau SMS ke talian 012-216 3354 atau 012-288 7676
maklumkan nama penuh dan jumlah kehadiran. Atau hubungi En. Mohd Adha Bin Shamsuri pembantu tadbir SBM Cawangan KL/Selangor di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.
Berbagai acara akan dijalankan dan sesungguhnya Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan demi menjayakan program tersebut.

Pertandingan Bakat Seni Suara Zon Tengah

Pertandingan peringkat Zon Tengah ini telah dijalankan dengan jayanya pada 27 November di Dewan Dr. Ismail Salleh, di Kompleks MAB.  Berikut adalah kepusan Joan, Naib Johan dan tempat ketiga:

Tempat ketiga:  Cik Mardiah;
Naib Johan:  Encik Shahril Buang dan
Johan: Ecik Farizuan.

Pertandingan catur

SBM menerusi Jawatankuasa Sukan Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan pertandingan catur 2016.  Pertandingan  tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh:                    10 Disember 2016 (Sabtu)

Tempat:                Bilik Kelab Rekrasi  MAB (KRM) 
                    Brickfields.

Masa:                    10.00 pagi.

Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi En. Mohd Shahril Azrie Bin Zainudin Pengerusi Jawatankuasa Sukan SBM Cawangan KL/Selangor di talian 013-431 5539.

Kad keahlian seumur hidup

Kepada mereka yang telah memohon dan telah mendapat kelulusan keahlian seumur hidup, kad anda telah berada di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor. Sila semak status permohonan anda di pejabat SBM Cawangan  KL/Selangor.
Ini ialah kerana masih banyak kad ahli seumur hidup yang belum dituntut atau diambil
di pejabat. Sila berbuat demikian dan harap maklumkan atau panjangkan kepada ahli-ahli yang berkenaan.

 

     Pengumuman daripada Pantai Timur

Tiada


     Pengumuman Daripada Sabah dan Sarawak

Tiada


Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.


SBM GEMILANG

RANGKAP 1:

Melangkah,
menuju ke hadapan,
Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,
Teguhkan,
semangat yakin diri,
Terus bangkit dan tegak berdiri.

RANGKAP 2:

Pastikan,
tiada jurang membeza,
Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,
Tunjukkan,
agar mereka tahu,
Kau dan aku di dunia yang satu.

KORUS:
Ayuh SBM,
bersatu membawa kejayaan,
Satu tekad sama bergandingan,
Impian yang menggunung segenggam harapan,
Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.

Mari bersama lupakan segala kekurangan,
SBM pasti akan gemilang,
Berkat doa,
usaha dan kurnia dari Tuhan,
Lakukan bersama,
Yakinlah SBM pasti akan berjaya.

ULANG RANGKAP 2:

Ulang KORUS:

Sekian, terima kasih.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog