Monday, December 26, 2016

Pengumuman Mingguan SBM 26 Disember, 2016.

Monday, December 26, 2016 |

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Pengumuman Mingguan 26 Disember, 2016

SBM mengucapkan selamat hari Natal kepada semua yang mengikuti pengumuman-pengumuman Mingguan SBM. Terdapat empat pengumuman baru pada minggu ini. Satu daripada Cawangan Kedah, satu daripada SBM Cawangan Perak dan dua daripada SBM CawanganMelaka. Juga dimuatkan adalah iklan pekerjaan untuk Juru Urut dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".

Pengumuman Ulangan:

Pengumuman Dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan SBM (JPMI)

Pertandingan menghasilkan klip video

Majlis Kebangsaan OKU melalui SBM akan mengadakan satu pertandingan menghasilkan klip video tentang mobiliti oku penglihatan. Durasi Klip video ini hendaklah antara dua hingga empat minit. Ia hendaklah mempunyai mesej kesedaran kepada masyarakat. Contohnya cara yang betul memimpin OKU penglihatan melintas jalan, penggunaan komputer oleh OKU penglihatan untuk bekerja dan penggunaan pengangkutan awam oleh OKU Penglihatan untuk bergerak.

Klip video ini boleh mempunyai audio seperti muzik latar, dialog dan penerangan dalam bentuk audio serta tulisan. klip video tersebut hendaklah merupakan klip video baharu yang original. Klip video yang telah pernah diterbitkan atau dimuat naik ke mana-mana laman sesawang internet tidak diterima. Ia hendaklah dihantar dalam bentuk vcd (sebanyak dua keping).

hadiah pertama bernilai RM350, 

kedua RM250 dan

ketiga RM150

serta dua hadiah saguhati bernilai RM50 setiap satu.

Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 30 disember 2016.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi dr. Wong di talian bimbitnya: 012-2766750 atau e-mailnya:

wonghueysiew@oum.edu.my

Pengumuman Daripada Cawangan/Kawasan SBM

Pengumuman daripada Zon Utara:

PENGUMUMAN DARI SBM CAWANGAN KEDAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Kedah Serata-rata.

SBM Cawangan Kedah akan menganjurkan Hari Teknologi pada 28 hingga 29 Disember 2016 bersamaan Hari Rabu dan Khamis. Program ini mendapat tajaan dari MCA Cawangan Alor Setar. Program ini akan dilangsungkan di Dewan Pejabat MCA Cawangan Alor Setar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat umum tentang peralatan teknologi bagi OKU Penglihatan.

Aturcara program pada hari pertama adalah Bengkel Penggunaan Komputer Bersuara dan Bengkel Penggunaan Telefon Bimbit Bersuara terbuka kepada OKU Penglihatan yang akan dikendalikan oleh Encik Lim Yew Yi (Setiausaha SBM Cawangan Kedah). Pada hari kedua pula akan diadakan Penerangan Tentang Teknologi dan OKU Penglihatan serta Penerangan Tentang Aplikasi Bersuara kepada masyarakat umum yang dikendalikan juga oleh Encik Lim Yew Yi.

Pengumuman Daripada SBM Cawangan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut adalah pengumuman daripada SBM Cawangan Perak

1- Pada 31 Disember 2016, SBM cawangan Perak akan menganjurkan Majlis Dialog bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak dan juga Majlis jamuan akhir tahun untuk ahli-ahi SBM

cawangan Perak:

Tempat : Tingkat 1 Pejabat SBM cawangan Perak

Masa : 9 Pagi

Semua ahli SBM cawangan Perak dijemput hadir.

Pengumuman daripada Zon Selatan:

Pengumuman dari SBM Melaka

1) SBM Melaka akan mengadakan Program 4 dalam 1 iaitu Majlis Jamuan Akhir Tahun, Bantuan Anak Sekolah, Sumbangan Warga Emas, dan Pertandingan Bakat pada 31 Disember 2016( Sabtu) di Dewan MBMB, Jalan Durian Daun, Melaka. Tetamu kehormat adalah YB Datuk Wira Hj. Latif bin Datuk Hj. Tambi Chik. Semua ahli SBM Melaka dijemput hadir.

2) Pengerusi SBM Melaka mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017. Semoga semua ahli berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Pengumuman daripada zon Tengah

Pengumuman SBM Cawangan KL/Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penutupan sementara Pejabat SBM Cawangan KL/Selangor

En. Mohamad Adha Bin Shamsuri pembantu tadbir SBM Cawangan KL/Selangor akan mula bercuti pada 21 Disember 2016 Rabu hingga 2 Januari 2017 isnin. Pada masa yang sama, pejabat Cawangan SBM KL/Selangor akan ditutup. Ianya akan dibuka semula pada 3 Januari 2017 Selasa.

Kepada mereka yang mengalami sebarang masalah sila SMS atau hubungi pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor di talian 012-216 3354 / 012-288 7676. Jika SMS sila tuliskan nama penuh dan beliau akan hubungi anda dengan secepat mungkin. Anda boleh juga menghubungi timbalan pengerusi iaitu En. Esa Bin Hj Taib di talian 013-364 1557.

Pihak SBM Cawangan KL/Selangor memohon kemaafan di atas segala kesulitan yang dialami.

2. Borang Tambang Percuma Untuk Balik Kampung

Pengumuman ini ditujukan khas kepada mereka yang berketurunan Cina bukan beragama islam yang akan balik ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 28 dan 29 Januari 2017.

Kepada mereka yang telah mengambil borang tambang percuma balik kampung, dari pejabat SBM Cawangan KL/Selangor, anda dikehendaki mengembalikan borang yang telah siap diisi ke ibu pejabat di no. 24 Jalan Tun Sambathan 3 Brickfields sebelum 31 Disember 2016.

Jika menghadapi sebarang masalah sila hubungi ibu pejabat di talian 2274 6162 pada waktu pejabat.

Program Kraf tangan Untuk Wanita

Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakan, program kraf tangan berasaskan manik untuk wanita yang dijadualkan pada 3 dan 4 Disember telah ditunda kepada suatu tarikh

yang akan dimaklumkan kelak. Pihak penganjur memohon ribuan kemaafan di atas segala kesulitan yang telah dialami.

Kad keahlian seumur hidup

Kepada mereka yang telah memohon dan telah mendapat kelulusan keahlian seumur hidup, kad anda telah berada di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor. Sila semak status permohonan anda di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor.

Ini ialah kerana masih banyak kad ahli seumur hidup yang belum dituntut atau diambil

di pejabat. Sila berbuat demikian dan harap maklumkan atau panjangkan kepada ahli-ahli yang berkenaan.

Pengumuman daripada Pantai Timur

Tiada Pengumuman

Pengumuman Daripada Sabah dan Sarawak

Tiada pengumuman

Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SBM GEMILANG

RANGKAP 1:

Melangkah,

menuju ke hadapan,

Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,

Teguhkan,

semangat yakin diri,

Terus bangkit dan tegak berdiri.

RANGKAP 2:

Pastikan,

tiada jurang membeza,

Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,

Tunjukkan,

agar mereka tahu,

Kau dan aku di dunia yang satu.

KORUS:

Ayuh SBM,

bersatu membawa kejayaan,

Satu tekad sama bergandingan,

Impian yang menggunung segenggam harapan,

Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.

Mari bersama lupakan segala kekurangan,

SBM pasti akan gemilang,

Berkat doa,

usaha dan kurnia dari Tuhan,

Lakukan bersama,

Yakinlah SBM pasti akan berjaya.

ULANG RANGKAP 2:

Ulang KORUS:

Sekian, terima kasih.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog