Thursday, January 19, 2017

Pengumuman Mingguan 16 Januari 2017

Thursday, January 19, 2017 |

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 16 Januari 2017
   

Terdapat lima pengumuman baru pada minggu ini.  empat daripadaSBM Cawangan Perak, satu daripada SBM CawanganKL/Selangor.  Juga dimuatkan adalah iklan pekerjaan untuk Juru Urut.

     Pengumuman Ulangan:

Pengumuman daripada Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)

Pertandingan Menghasilkan Klip Video

Pertandingan Menghasilkan Klip Video OKU Penglihatan ini dianjurkan
oleh Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (SBM) dengan kerjasama
Majlis Kebangsaan Orang Kurang Upaya. para peserta pertandingan
terdiri dari ahli biasa SBM dan video yang dihasilkan bertujuan untuk
memberi pengetahuan dan memupuk kesedaran dalam masyarakat.


terdapat tiga penyertaan untuk pertandingan kali ini iaitu Puing Cinta
(Marcos Joel), Sekadar Untuk Kesedaran (Intan Zubaidah) dan VIP (Lim
Yew Yi).
selain dari penilaian juri, markah turut diberikan kepada video popular.


anda boleh mula mengundi dengan klik "like" pada video pilihan anda
yang boleh ditonton di saluran youtube Society of the Blind in
Malaysia.


tarikh tutup undian ialah pada 18 Januari 2017 jam 11.59 malam waktu Malaysia.


senarai pemenang akan diumumkan pada 21 Januari 2017.


Pengumuman Daripada Cawangan/Kawasan SBM


    Pengumuman daripada Zon Utara:

Pengumuman dari SBM Cawangan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut adalah peggumuman daripada SBM cawangan Perak:

1. Mulai 16 januari 2017 , latihan temping bowling akan diadakan bertempat di Ipoh Parade mulai jam 10 pagi.

2. Pada 21 dan 22 januari 2017, latihan pingpong dan Catur akan diadakan di tigkat 1 pejabat SBM cawangan
perak mulai jam 10 pagi.

Kepada ahli-ahli yang telah berdaftar untuk menyertai latihan yang tersebut di atas boleh berhubung dengan
En Idris bin Hasim (Pengerusi SBM cawangan Perak) di talian 019-5217055 atau kerani Pejabat SBM
cawangan Perak di talian 05-2533029.

3. Kepada ahli-ahli yang ingin menjelaskan yuran bagi tahun 2017, boleh menjelaskan yuran tersebut kepada
   kerani SBM cawangan Perak di waktu pejabat.

4. Mesyuarat Agong Dwi Tahunan SBM cawangan Perak akan diadakan pada hari sabtu  18 Mac 2017 mulai jam 9 pagi
   bertempat di tingkat 1 pejabat SBM Perak di alamat No 22A dan B, jalan lintasan Medan Kidd, Medan Kidd 30200 Ipoh.


      Pengumuman daripada Zon Selatan:

Tiada Pengumuman


    Pengumuman daripada zon Tengah

Pengumuman Daripada SBM Cawangan KL/Selangor


Berita Ahli Meninggal Dunia

Dukacita dimaklumkan bahawa Timbalan Pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor
Iaitu En. Esa Bin Hj Taib, telah meninggal dunia pada 9 Januari 2017 Isnin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 11:15 pagi.
Beliau meninggal akibat pendarahan otak.  jenazah beliau telah dikebumikan pada hari yang sama pada sebelah petang. Sama-sama kita doakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Waktu operasi biasa adalah  Isnin hingga Jumaat dan Sabtu Minggu pertama, ketiga dan kelima. Nombor telepon pejabat SBM Cawangan KL/Selangor adalah 03-2276 5276.

Pembayaran Yuran Dan Mengemaskini Keahlian.

Mulai bulan Januari 2017, mereka yang berhasrat untuk menjelaskan yuran keahlian tahunan bolehlah berbuat demikian di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor
pada waktu pejabat. Pihak pejabat juga sedang mengemaskini keahlian. Sehubungan Dengan itu sila maklumkan dengan memberi butir-butir peribadi yang terkini kepada  pembantu tadbir seperti berikut:
i. Nama sebenar yang tercatat di kad pengenalan.
ii. Nombor kad pengenalan.
iii. Alamat tempat tinggal yang terkini.
iv. Nombor telepon talian tetap atau telepon bimbit yang mudah dihubungi.
v. Salinan kad pengenalan dan kad OKU yang terbaharu.


     Pengumuman daripada Pantai Timur

Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

Pertandingan Permainan Dalaman

Sbm cawangan Pahang akan menganjurkan Pertandingan Permainan Dalaman peringkat SBM
Pahang 2017 bermula dengan pertandingan ping-pong pada 21 dan 22
januari 2017 ini. Jadual pertandingan sukan lain dan keputusan
pertandingan tersebut akan diwarwarkan dari semasa ke semasa. Maklumat
mengenai pertandingan ini telah pun diedarkan kepada semua ahli SBM
Cawangan Pahang.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kerani cawangan di talian
09-296 4197.


     Pengumuman Daripada Sabah dan Sarawak

Tiada pengumuman


Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog