Thursday, January 26, 2017

Pengumuman Mingguan 23 Januari 2017

Thursday, January 26, 2017 |

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

   

Terdapat lapan pengumuman baru pada minggu ini.  Dua daripada Ibu Pejabat, satu daripadaSBM CawanganMelaka, tiga daripada SBM CawanganKL/Selangor, Satu daripada Cawangan Pahang dan satu daripada Cawangan Kelantan.  Juga dimuatkan adalah iklan pekerjaan untuk Juru Urut dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".

     Pengumuman Daripada Ibu Pejabat SBM

Pengumuman Daripada Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)

1.  Klab Pekerja

SBM kini menubuhkan Klab Pekerja SBM.  Keahlian klab ini terbuka kepada pekerja-pekerja di sektor awam dan sektor suasta.  Mana-mana pekerja yang Cacat Penglihatan mahupun ahli atau bukan ahli SBM boleh menganggotai Klab Pekerja ini.  Ahli SBM tidak dikenakan sebarang yuran keahlian.  Walaubagaimanapun mereka yang bukan ahli SBM dikenakan satu yuran pendaftaran kecil.

Sila hubungi Puan Norfadzilah Abdullah di Ibu Pejabat SBM untuk urusan borang pendaftaran keahlian atau maklumat lebih lanjut tentang Klab ini.  Nombor telefon Ibu Pejabat SBM adalah 03-2274 6162.

2.  Urusetia Gabungan Pertubuhan dan Persatuan Cacat Penglihatan

Hasil forum anjuran Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan SBM pada 21 Januari 2017 yang lalu, kini wujud satu Urusetia Gabungan Pertubuhan dan Persatuan Cacat Penglihatan yang diketuai oleh Saudara Faizal Yussof.  Tujuan Urusetia ini adalah untuk merangka platform yang berkesan bagi menyampaikan hasrat, pendapat dan kepentingan warga Cacat Penglihatan kepada pihak kerajaan.

Sama-sama kita mengikuti perkembangan Urusetia ini.


     Pengumuman Ulangan:

Tiada Pengumuman


Pengumuman Daripada Cawangan/Kawasan SBM


    Pengumuman daripada Zon Utara:

Pengumuman dari SBM Cawangan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut adalah peggumuman daripada SBM cawangan Perak:

Kepada ahli-ahli yang ingin menjelaskan yuran bagi tahun 2017, boleh menjelaskan yuran tersebut kepada
   kerani SBM cawangan Perak di waktu pejabat.

Mesyuarat Dwi Tahunan SBM Cawangan Perak

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan SBM cawangan Perak akan diadakan pada hari sabtu  18 Mac 2017 mulai jam 9 pagi
   bertempat di tingkat 1 pejabat SBM Perak di alamat No 22A dan B, jalan lintasan Medan Kidd, Medan Kidd 30200 Ipoh.


      Pengumuman daripada Zon Selatan:

Pengumuman dari SBM Cawangan Melaka

Pengerusi SBM Melaka mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina iaitu tahun ayam kepada semua ahli yang meraikannya. Berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung.


    Pengumuman daripada zon Tengah

Pengumuman Daripada SBM Cawangan KL/Selangor

1.       Pertandingan Ten-Pin Bowling.

Pertandingan ten-Pin bowling yang sepatutnya berlangsung pada 7 Januari 2017 telah ditunda ke 12 Februari 2017 (Ahad. Pukul 2 petang di Indah Parade. Pertandingan ini akan dijalankan secara berkumpulan dengan setiap kumpulan terdiri dari 3 orang peserta. Untuk sebarang pertanyaan dan mendaftar, sila hubungi En. Mohd Shahril Azrie Bin Zainudin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan (JPS) Cawangan KL/Selangor di talian 013-431 5539.

2.      Kelas kraf tangan Berasaskan manik.

Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Komuniti (JPWK) Cawangan KL/Selangor, Akan mengadakan kelas kraf tangan berasaskan manik pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 4 dan 5 Februari 2017 (Sabtu dan Ahad).
Tempat: Premis SBM Cawangan KL/Selangor.
Masa: 10 Pagi hingga 5 Petang.

Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM10 seorang. Untuk sebarang pertanyaan dan mendaftar, sila hubungi Pn. Rosnah Hj Ahmad Pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Komuniti (JPWK) Cawangan KL/Selangor, Di talian 012-216 3354 / 012-288 7676.

3.       Penutupan sementara Pejabat SBM Cawangan KL/Selangor Sempena Cuti Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah Persekutuan.

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina dan hari Wilayah Persekutuan, Pejabat SBM Cawangan KL/Selangor akan ditutup mulai 27 Januari 2017 (Jumaat) hingga 1 Februari 2017. pejabat Cawangan akan beroperasi semula pada 2 Februari 2017 (Khamis).

Sehubungan dengan itu, SBM Cawangan KL/Selangor mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina Kong Hee fat Choi kepada semua yang menyambutnya. Kepada mereka yang akan balik ke kampung, berhati-hati di jalan raya semoga selamat pergi dan selamat kembali.

Waktu operasi biasa adalah  Isnin hingga Jumaat dan Sabtu Minggu pertama, ketiga dan kelima. Nombor telepon pejabat SBM Cawangan KL/Selangor adalah 03-2276 5276.

Pembayaran Yuran Dan Mengemaskini Keahlian.

Mulai bulan Januari 2017, mereka yang berhasrat untuk menjelaskan yuran keahlian tahunan bolehlah berbuat demikian di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor
pada waktu pejabat. Pihak pejabat juga sedang mengemaskini keahlian. Sehubungan Dengan itu sila maklumkan dengan memberi butir-butir peribadi yang terkini kepada  pembantu tadbir seperti berikut:
i. Nama sebenar yang tercatat di kad pengenalan.
ii. Nombor kad pengenalan.
iii. Alamat tempat tinggal yang terkini.
iv. Nombor telepon talian tetap atau telepon bimbit yang mudah dihubungi.
v. Salinan kad pengenalan dan kad OKU yang terbaharu.


     Pengumuman daripada Pantai Timur

Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

Pertandingan Permainan Dalaman

Sbm cawangan Pahang akan meneruskan penganjuran karnival sukan peringkat SBM
Pahang bagi 2017 dengan pertandingan Dam dan Congkak pada 4 Februari 2017. Jadual pertandingan sukan lain dan keputusan pertandingan tersebut akan diwarwarkan dari semasa ke semasa. Maklumat mengenai karnival sukan ini telah pun diedarkan kepada semua ahli SBM Cawangan Pahang.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197.

Pengumuman Daripada SBM Cawangan  Kelantan.

SBM Cawangan Kelantan  akan menganjurkan   kursus mengenai android pada hari Ahad, 5 Februari 2017 bertempat di premis SBM Cawangan Kelantan untuk 14 orang peserta.


     Pengumuman Daripada Sabah dan Sarawak

Tiada pengumuman


Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.


SBM GEMILANG

RANGKAP 1:

Melangkah,
menuju ke hadapan,
Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,
Teguhkan,
semangat yakin diri,
Terus bangkit dan tegak berdiri.

RANGKAP 2:

Pastikan,
tiada jurang membeza,
Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,
Tunjukkan,
agar mereka tahu,
Kau dan aku di dunia yang satu.

KORUS:
Ayuh SBM,
bersatu membawa kejayaan,
Satu tekad sama bergandingan,
Impian yang menggunung segenggam harapan,
Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.

Mari bersama lupakan segala kekurangan,
SBM pasti akan gemilang,
Berkat doa,
usaha dan kurnia dari Tuhan,
Lakukan bersama,
Yakinlah SBM pasti akan berjaya.

ULANG RANGKAP 2:

Ulang KORUS:

Sekian, terima kasih.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog