Wednesday, February 1, 2017

Pengumuman Mingguan SBM 30 Januari 2017

Wednesday, February 1, 2017 |

Terdapat lima pengumuman baru pada minggu ini.  Satu daripada Ibu Pejabat, satu daripada SBM Cawangan Perak dan  tiga daripada SBM Cawangan KL/Selangor.  Juga dimuatkan adalah iklan pekerjaan untuk Juru Urut dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".

     Pengumuman Daripada Ibu Pejabat SBM

Pengumuman daripada Jawatankuasa Pembangunan Komunikasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA)

Perubahan Dalam Jadual Perkhidmatan Komuter KTM Dari 1 Febuari 2017

Berkuatkuasa 1 Feb, akan terdapat perubahan dalam jadual perkhidmatan Komuter KTM bagi sektor Lembah Klang dan sektor perjalanan di utara. Keretapi Tanah Melayu Berhad dalam satu kenyataannya mengumumkan bahawa perubahan jadual tersebut akan melibatkan perjalanan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang-Tanjung Malim di sektor Lembah Klang manakala sektor utara pula akan melibatkan dua perjalanan iaitu Padang Rengas-Bukit Mertajam-Padang Rengas dan Butterworth-Padang Besar-Butterworth.

Perubahan dalam jadual bagi sektor Lembah Klang adalah disebabkan kerja-kerja membina semula landasan bagi Projek Landasan Berkembar yang telah memasuki peringkat kedua dalam fasa 1A yang mana landasan ke utara di stesen Rawang dan Kuang akan ditutup.

Sejajar dengan perubahan jadual berkenaan, KTMB akan meningkatkan kekerapan keretapi bagi perjalanan Sungai Buloh-Klang/Pelabuhan Klang pergi dan balik kepada setiap 30 minit dari 45 minit di luar waktu puncak pada hari-hari biasa dan sepanjang hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Bagaimanapun, kekerapan keretapi bagi perjalanan Batu Caves-Tampin-Batu Caves akan kekal setiap 45 minit di luar waktu puncak dari hari Isnin hingga Jumaat dan hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Sementara itu, perubahan dalam jadual bagi sektor perjalanan di utara adalah disebabkan pembatalan keretapi terakhir dari stesen Padang Rengas dan Bukit Mertajam. Ini akan mengurangkan jumlah perkhidmatan Komuter KTM bagi perjalanan ini kepada 20 keretapi sehari berbanding 22 pada masa ini. Mulai 1 Feb, keretapi terakhir bagi perjalanan Padang Rengas-Bukit Mertajam-Padang Rengas akan bergerak pada pukul 9.54 malam dan bukan pukul 10.54 malam. Sementara keretapi terakhir dari Bukit Mertajam akan bergerak pada pukul 9.42 malam dan bukan pukul 10.42 malam. Bagi perjalanan Butterworth-Padang Besar-Butterworth pula, keretapi terakhir dari stesen Butterworth akan dijadualkan semula kepada pukul 9.25 malam dari pukul 10.25 malam. Sementara keretapi terakhir dari stesen Padang Besar akan turut dijadualkan semula kepada pukul 9.25 malam dari pukul 10.25 malam.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang jadual perjalanan komuter, para penumpang KTM boleh melawat www.ktmb.com.my atau menghubungi talian 03-2267 1200 atau @ktmkomuter di Twitter.


     Pengumuman Ulangan:

Pengumuman Daripada Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)

1.  Klab Pekerja

SBM kini menubuhkan Klab Pekerja SBM.  Keahlian klab ini terbuka kepada pekerja-pekerja di sektor awam dan sektor suasta.  Mana-mana pekerja yang Cacat Penglihatan mahupun ahli atau bukan ahli SBM boleh menganggotai Klab Pekerja ini.  Ahli SBM tidak dikenakan sebarang yuran keahlian.  Walaubagaimanapun mereka yang bukan ahli SBM dikenakan satu yuran pendaftaran kecil.

Sila hubungi Puan Norfadzilah Abdullah di Ibu Pejabat SBM untuk urusan borang pendaftaran keahlian atau maklumat lebih lanjut tentang Klab ini.  Nombor telefon Ibu Pejabat SBM adalah 03-2274 6162.

2.  Urusetia Gabungan Pertubuhan dan Persatuan Cacat Penglihatan

Hasil forum anjuran Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan SBM pada 21 Januari 2017 yang lalu, kini wujud satu Urusetia Gabungan Pertubuhan dan Persatuan Cacat Penglihatan yang diketuai oleh Saudara Faizal Yussof.  Tujuan Urusetia ini adalah untuk merangka platform yang berkesan bagi menyampaikan hasrat, pendapat dan kepentingan warga Cacat Penglihatan kepada pihak kerajaan.

Sama-sama kita mengikuti perkembangan Urusetia ini.


Pengumuman Daripada Cawangan/Kawasan SBM


    Pengumuman daripada Zon Utara:

Pengumuman dari SBM Cawangan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut adalah pengumuman daripada SBM cawangan Perak:

Pada 11 Febuari 2017, SBM cawangan Perak akan mengadakan Lawatan Sehari ke
Teluk Senangin Pantai Remis Perak.  Peserta-peserta yang akan menyertai lawatan ini dikehendaki berkumpul di pejabat SBM cawangan Perak tidak lewat daripada jam 7.30 pagi pada tarikh tersebut.

    Ahli-ahli yang ingin menyertai lawatan ini bolehlah menghubungi Puan Fadzilah di talian 019-4882439 atau kerani Pejabat SBM Perak di talian 05-253 3029.

Kepada ahli-ahli yang ingin menjelaskan yuran bagi tahun 2017, boleh menjelaskan yuran tersebut kepada
   kerani SBM cawangan Perak di waktu pejabat.

Mesyuarat Dwi Tahunan SBM Cawangan Perak

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan SBM cawangan Perak akan diadakan pada hari sabtu  18 Mac 2017 mulai jam 9 pagi
   bertempat di tingkat 1 pejabat SBM Perak di alamat No 22A dan B, jalan lintasan Medan Kidd, Medan Kidd 30200 Ipoh.


      Pengumuman daripada Zon Selatan:

Pengumuman dari SBM Cawangan Melaka

Pengerusi SBM Melaka mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina iaitu tahun ayam kepada semua ahli yang meraikannya. Berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung.


    Pengumuman daripada zon Tengah

Pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor

Asalamualaikum dan Salah Sejahtera

1. Pembetulan Tarikh Pertandingan Ten-Pin Bowling  2017


Kepada mereka yang telah berdaftar untuk menyertai pertandingan Ten-Pin Bowling 2017 anjuran SBM Cawangan KL/Selangor, Harap ambil perhatian.  Pertandingan tersebut akan dijalankan pada 5 Februari 2017 (Ahad)  dan bukannya pada 12 Februari 2017 (Ahad) Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Shahril Azrie Bin Zainudin pengerusi Jawatankuasa Sukan (JPS) Cawangan KL/Selangor di talian 013-431 5539.
 
2. Kelas Kraf Tangan Berasaskan Manik


Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kelas kraf tangan berasaskan manik yang sepatutnya diadakan pada 4 dan 5 Februari 2017 akan ditunda pada 12 (ahad  dan 18   Februari  (sabtu).
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi Pn. Rosnah Binti Hj Ahmad, pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor merangkap pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Komuniti (JPWK) Cawangan KL/Selangor di talian 012-216 3354 /  012-288 7676.
 
lokasi dan masa untuk program ini adalah sama seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
SBM Cawangan KL/Selangor memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami.
 
3.Yuran tahunan Keahlian

Pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2017 telahpun dibuka  sejak 3 Januari 2017.
Tarikh tutup pembayaran yuran keahlian ialah pada 30 April 2017.  Untuk ahli biasa ialah RM10.00
Untuk ahli bersekutu RM5.00
Untuk ahli seumur hidup bawah 60 tahun ialah RM60.00 dengan syarat tiada tonggakan yuran keahlian sepanjang lima tahun berturut-turut.
Bagi mereka yang telah mencapai 60 tahun akan menjadi ahli seumur hidup dengan syarat tiada tonggakan yuran keahlian semasa menjadi ahli selama lima tahun berturut-turut.  Walau bagaimanapun mereka yang ingin menjadi ahli seumur hidup perlu mengisi borang yang telah disediakan di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor.


Untuk sebarang pertanyaan dan urusan sila hubungi En. Mohammad Adha Bin Shamsuri pembantu tadbir SBM Cawangan KL/Selangor di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.


     Pengumuman daripada Pantai Timur

Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

Pertandingan Permainan Dalaman

Sbm cawangan Pahang akan meneruskan penganjuran karnival sukan peringkat SBM
Pahang bagi 2017 dengan pertandingan Dam dan Congkak pada 4 Februari 2017. Jadual pertandingan sukan lain dan keputusan pertandingan tersebut akan diwarwarkan dari semasa ke semasa. Maklumat mengenai karnival sukan ini telah pun diedarkan kepada semua ahli SBM Cawangan Pahang.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197.

Pengumuman Daripada SBM Cawangan  Kelantan.

SBM Cawangan Kelantan  akan menganjurkan   kursus mengenai android pada hari Ahad, 5 Februari 2017 bertempat di premis SBM Cawangan Kelantan untuk 14 orang peserta.


     Pengumuman Daripada Sabah dan Sarawak

Tiada pengumuman


Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.


SBM GEMILANG

RANGKAP 1:

Melangkah,
menuju ke hadapan,
Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,
Teguhkan,
semangat yakin diri,
Terus bangkit dan tegak berdiri.

RANGKAP 2:

Pastikan,
tiada jurang membeza,
Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,
Tunjukkan,
agar mereka tahu,
Kau dan aku di dunia yang satu.

KORUS:
Ayuh SBM,
bersatu membawa kejayaan,
Satu tekad sama bergandingan,
Impian yang menggunung segenggam harapan,
Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.

Mari bersama lupakan segala kekurangan,
SBM pasti akan gemilang,
Berkat doa,
usaha dan kurnia dari Tuhan,
Lakukan bersama,
Yakinlah SBM pasti akan berjaya.

ULANG RANGKAP 2:

Ulang KORUS:

Sekian, terima kasih.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog