Thursday, May 25, 2017

Info SBM 22 Mei.

Thursday, May 25, 2017 |

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 22 Mei, 2017


Terdapat dua Pengumuman baru pada minggu ini.  Satu daripada Cawangan Melaka dan satu daripada Cawangan KL/Selangor.  Yang selebihnya adalah pengumuman ulangan.


      Pengumuman Ulangan:

Pengumuman dari Ibu Pejabat

Giving Vision- Proposal for the Society of the Blind

Salam sejahtera. Ini adalah satu penguman dari kelab sukarelawan, Institusi Perubatan Antarabangsa.

Kami sukarelawan dari Universiti Perubatan Antarabangsa ingin meminjamkan mata kami bagi membantu tuan-tuan dan puan-puan dari persatuan penglihatan terhad untuk menjalankan aktiviti seharian, dan aktiviti ini akan dijalankan pada hari Sabtu, dua kali sebulan.

Kami akan membantu tuan-tuan dan puan-puan menjalankan aktiviti kehidupan seharian seperti surat menyurat atau membaca laporan perubatan, artikel dari surat khabar, buku, dan majalah. Selain itu, kami juga akan menemani tuan-tuan puan-puan ke pekan untuk membeli-belah.

Walaupun bantuan kami terhad, kami sentiasa bersedia menerima maklum balas dan kami amat bersyukur agar tuan-tuan dan puan-puan  dapat memberi maklum balas bagi meneruskan dan mengatasi kekurangan kami.

Kami akan membuat perngumaan lanjut tentang jadual untuk projek tersebut.

Sekian, terima kasih kerana sudi mendengar pengumuman dari Universiti Perubatan Antarabangsa,
Saya Chan E-Lyn, dan saya sentiasa bersedia untuk membantu Tuan-tuan dan puan-puan.


Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM

    Pengumuman dari Zon Utara:

Tiada Pengumuman.


      Pengumuman dari Zon Selatan:

Pengumuman dari SBM Cawangan Melaka

Salam SBM.

Sebagaimana dirancangkan, SBM Cawangan Melaka telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunannya pada 20 Mei yang lalu.  Seramai 40 orang ahli telah menunaikan kewajiban mereka untuk memilih barisan kepimpinan Cawangan Melaka untuk penggal 2017-2019. Berikut adalah Senarai AJK Cawangan Melaka yang dipilih:--
PENGERUSI : Hashim bin ishak
TIMBALAN PENGERUSI : Azhar bin abu bakar
SETIAUSAHA : Raziah binti muhammad
BENDAHARI : sulaiman bin zainal abidin 
Lima Ahli Jawatankuasa adalah:
1. Shukor bin mohd sharif 
2. Syafiq bin jamil
3. Kadariah binti abu 
4. Masita binti mohamad
5. Mohd yushaizrul bin yusof

Tahniah kami ucapkan kepada kepimpinan baru ini.  Semoga Cawangan Melaka terus mencapaian kejayaan.


    Pengumuman dari zon Tengah

Pengumuman SBM Cawangan KL/Selangor

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera

Dimaklumkan bahawa SBM Cawangan KL/Selangor telah pun selesai menjalankan Mesyuarat Agung DWI Tahunan keduanya pada 21 Mei 2017.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Presiden kita, Tuan Haji Nazari Haji Othman.  Seramai 163 orang ahli telah mengundi pada hari tersebut.  Berikut adalah senarai nama barisan Ahli Jawatankuasa SBM Cawangan KL/Selangor bagi sesi 2017 ? 2019:--
Pengerusi : PN. ROSNAH BINTI HJ AHMAD
Timbalan Pengerusi : GODFREY OOI GOAT SEE
Setiausaha : ANNA  LOO SOON NYONG
Bendahari : EEE JIA JIANN
Lima Ahli Jawatankuasa Biasa ialah:
Muhammad Nadhir B. Abdul Nasir
JEBRY BIN DEMEI.
LELE SUYARNI BINTI OMAR.
LOW KEK KONG
Qairil Azry Bin Zahrin

Tahniah diucapkan kepada mereka yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa sesi 2017 - 2019.
 
Melanjutkan Tarikh Pendaftaran Untuk Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8/2017.

Sukacita dimaklumkan bahawa  SBM Cawangan KL/Selangor telah melanjutkan ptarikh pendaftaran  untuk Program Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa, Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7/2017  dari 2  Mei kepada 31 Mei 2017.
Yuran  penyertaan adalah seperti berikut:
1.1    Untuk ahli biasa dan ahli bersekutu RM100.00.
1.2    Untuk bukan ahli RM200.00
1.3    Untuk anak-anak ahli 18 tahun kebawah RM100.00
(Seorang sahaja untuk 1 keluarga. Hanya mereka yang memerlukan pengiring atau pembantu sahaja yang dibenarkan)
1.4    Untuk yang tidak menginap RM30.00 bagi menampung T.shirt, topi dan makan tengah hari pada hari tersebut.
Sila berdaftar dengan En. Mohd Ikhwan Bin Md Rejab pembantu sambilan SBM Cawangan KL/Selangor di talian  2276 5276 pada waktu pejabat.


     Pengumuman dari Pantai Timur

PENGUMUMAN DARI SBM CAWANGAN KELANTAN.

Assalamualaikum dan salam SBM.

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2017 telah berlansung dengan jayanya pada  14 Mei  2017. Seramai 64 orang ahli biasa telah hadir. Berikut adalah senarai barisan jawatankuasa yang telah dipilih bagi penggal 2017-2019:--
Pengerusi : Abdul Latif bin Mat Hussin
Timbalan Pengerusi : Ismawati binti Ramly
Setiausaha : Nora binti Mohamed
Bendahari :  Zuhan bin Zakaria
Lima Ahli Jawatankuasa:
1.  Mustapha bin Jusoh
2.  Mohd Zailani bin Mohd Nor
3.  Azmi bin Abdul Manaf
4.  Eshah binti Seman
5.  Mohd Yusri bin Saari

Tahniah diucapkan kepada barisan jawatankuasa penggal 2017-2019.
Semoga dengan gabungan baru dan lama akan lebih memajukan dan membangunkan SBM Cawangan Kelantan khususnya.


     Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak

Pengumuman dari SBM Kawasan Sabah

Salam SBM.

SBM Kawasan Sabah telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunannya pada 29 April 2017, bertempat di Asrama Kinabalu, Likas, Sabah.

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan tersebut telah bermula pada 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari. Ia telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohamed Nazari Bin Othman, presiden SBM sendiri.

Keputusan Mesyuarat Dwi Tahunan SBM Kawasan Sabah adalah seperti berikut:

Pengerusi: Puan Catherine Ringingon
Naib pengerusi: Puan Siti Jineh Jaimun
Setiausaha: Puan Jusmeh Basrin
Bendahari: Encik Herbert Koh Guo Hiung

Lima orang ahli jawatankuasa biasa:
Puan Zaleha Matali
Encik Basri Dulah
Encik Khir Johari Abdullah
Encik Gumba Agaram
Cik Harziah Khalid Yunus.

Tahniah kami ucapkan kepada barisan pemimpin Cawangan Kawasan Sabah bagi penggal 2017 ? 2019. 

Pengumuman dari SBM Cawangan Sarawak

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kedua SBM Cawangan Sarawak

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kedua SBM Cawangan Sarawak Telah diadakan pada 2 haribulan April yang lalu.  Inilah SENARAI PENJAWAT SBM CAWANGAN SARAWAK 2017-2019:
Pengerusi: Isak Ngau;
Timbalan Pengerusi: Libau Tegung;
Setiausaha: Ata Nyuga;
Bendahari: Sa Senabong;

Berikut adalah lima orang ahli jawatankuasa untuk 2017-2019:--
Shariffah Zubaidah;
Ranggung Unggang;
Mit Seridin;
Sadun Julin;
Una wan;

Syabas kami ucapkan kepada barisan kepimpinan ini.


Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog