Thursday, October 8, 2020

Teley Info Pertis 7 Oktober 2020.

Thursday, October 8, 2020 |
Teley Info Pertis 7 Oktober 2020. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Berikut adalah pengumuman daripada PERTIS Pusat. Terdapat 4 pengumuman baru dan 4 pengumuman ulangan untuk minggu ini: Pengumuman baru: 1. Program Ceramah Kesihatan. PERTIS dengan kerjasama Persatuan Pelatih Islam (PPI) Pusat Latihan Gurney (GTC) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan program ceramah kesihatan seperti berikut: Tarikh: 17 Oktober 2020 (Sabtu). Masa: 8:30 pagi hingga 1:00 tengah hari. Tempat: Dewan Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur. Penyertaan program ini hanya terhad untuk 30 orang ahli PERTIS sahaja. Untuk urusan pendaftaran, sila hubungi Puan Ruslina di ibu pejabat PERTIS Gombak di talian 03-4021 2631. Program ini juga tertakluk kepada keadaan semasa. 2. Pertandingan Video Pendek. PERTIS melalui Biro Kesenian dan Belia akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Video Pendek. Pertandingan ini terbuka kepada OKU Penglihatan yang beragama Islam. Hadiah akan diberikan untuk tempat Pertama hingga Ketiga sahaja. Taklimat mengenai pertandingan ini akan diberikan seperti ketetapan berikut: Tarikh: 1 November 2020 (Ahad) Masa: 11:00 pagi. Tempat: Pejabat PERTIS Brickfields, Kuala Lumpur Untuk pendaftaran, sila hubungi Puan Ruslina di ibu pejabat PERTIS Gombak di talian 03-4021 2631. . 3. Pembatalan Program Santai Bersama Belia PERTIS. Program ini telah dibatalkan memandangkan kes positif COVID 19 semakin meningkat. Pihak Biro Kesenian dan Belia memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. 4. Pembatalan Program Tahsinul Quran dan Fiqh Ibadah Peringkat Zon Selatan. Program ini telah dibatalkan atas arahan pihak JAKIM memandangkan kes positif COVID 19 semakin meningkat. Pihak PERTIS dan SBM Melaka memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Pengumuman Ulangan: 1. Taqwim 1442 Hijriah. Taqwim ini boleh diambil di Pejabat PERTIS Brickfields pada pukul 9 pagi hingga 5 petang bermula pada 14 September 2020, hari Isnin. Takwim ini juga boleh diperolehi daripada Encik Abian di Kompleks MAB. 2. Penghantaran Al-Quran Braille, terjemahan Al-Quran Braille dan Kitab-Kitab Agama. Pihak PERTIS akan memberikan Al-Quran Braille, Terjemahan Al-Quran Braille serta kitab-kitab agama terpilih secara percuma kepada ahli PERTIS. Cas penghantaran untuk bahan bacaan terpilih ini akan diberikan secara percuma juga. Bahan bacaan selain bahan bacaan tersebut akan dikenakan cas penghantaran. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudari Raihah di Pejabat PERTIS Brickfields di talian 03-22762634. 3. Program Tahsinul Fatihah. PERTIS dengan kerjasama Kumpulan Pendidikan As-Sofa akanmenganjurkan Program Tahsinul Fatihah. Program ini akan diadakan secara berperingkat di Pejabat PERTIS Brickfields. Kepada ahli yang berminat, sila hubungi Puan Ruslina di Ibu Pejabat PERTIS Gombak di talian 03-40212631. 4. KadKeahlian Seumur Hidup PERTIS. Kepada ahli PERTIS yang telah menjadi Ahli Seumur Hidup PERTIS, anda boleh mendapatkan Kad Keahlian Seumur Hidup anda di Pejabat PERTIS Brickfields dari 17 Ogos 2020 pada waktu pejabat bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang. Bagi ahli PERTIS wilayah, sila berhubung dengan pengerusi wilayah masing-masing. Sebarang masalah mengenai keahlian, sila hubungi Puan Ruslina di Ibu Pejabat PERTIS Gombak di talian 03-40212631. Sebarang pengumuman daripada ahli PERTIS atau NGO lain hendaklah sampai ke email Setiausaha Agung PERTIS, setiausaha.pertis@gmail.com atau was app di talian 013-4315539 sebelum atau pada setiap Khamis pukul 4:30 petang. Sekian, terima kasih. -- Muhammad Shahril Azrie bin Zainudin Setiausaha Agung Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog