Tuesday, October 13, 2020

Teley MAB Isnin, 12 Oktober 2020.

Tuesday, October 13, 2020 |
Tele MAB no. 848 Isnin, 12 Oktober 2020 No. tel.: 03-22722687 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terdapat 5 pengumuman dan 1 pengumuman buku, 1. Khidmat Kaunseling. Kaunseling ini boleh didapati di MAB pada hari Rabu, 2.30 petang. Kaunselornya adalah Dr Sarada dari LPPKN. Untuk membuat temujanji, sila hubungi Cik Gayathri atau Cik Aqilah di samb. 297. 2. Bantuan sukarelawan. Hari-hari bagi bantuan sukarelawan telah pun ditukar ke hari Selasa dan Rabu. Jika anda mahukan pertolongan dengan membaca, mengisi borang-borang, perbankan dan lain-lain lagi, anda boleh datang ke bahagian penyambut tetamu untuk memohon bantuan. Sila maklumkan kepada penyambut tetamu. 3. Program Hari Wanita. Program ini telah ditangguhkan ke hari Khamis, 26 November di Dewan MAB. Para tetamu kehormat adalah Senator Ras Adiba Radzi dan Cik Charissa Chong, pemenang tempat kedua Miss Malaysia 2020. Mereka akan bercakap tentang perkara pembiakan semula. Makan tengah hari akan dihidangkan. 4. Kem Perubatan. Kem ini telah ditangguhkan ke hari Ahad, 13 Disember, dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Dewan MAB. Ia merangkumi Imbasan Umum, Ginekologi, Kulit dan Pergigian. 5. Bagaimana untuk memasarkan produk secara dalam talian. Program ini telah ditangguhkan ke hari Khamis, 31 Disember, dianjurkan oleh MAB bersama-sama dengan Jabatan Tenaga Kerja KL dan MDEC. Terdapat beberapa syarikat yang akan bercakap tentang perniagaan dan produk-produk mereka. 6. Di sini, terdapat sebuah buku Braille Bahasa Inggeris untuk dibaca. Tajuknya adalah Star Wars: A new hope oleh George Lucas dalam 6 jilid. Buku ini telah didermakan oleh Kobe City Silver College, Jepun. Untuk meminjam buku ini, sila hubungi Cik Lynette di samb. 150. Terima kasih, Ikhlas, En. Godfrey Ooi. Cik Roslina Mohamed. Tele MAB no. 848 Monday, 12 October 2020 Tel. no.: 03-22722687 Hello friends, There are 5 announcements and 1 book announcement, 1. Counselling Service. Counselling is available at MAB at Wednesdays at 2.30 pm. The counsellor is Dr Sarada from LPPKN. To make an appointment, call Ms. Gayathri or Ms. Aqilah at ext. 297. 2. Volunteer assistance. The days for voluntary assistance has been changed to Tuesdays and Wednesdays. If you need help with reading, filling up forms, banking etc, you can come to the reception for assistance. Please inform the reception. 3. Women’s Day Program. This has been postponed to Thursday, 26 November at The MAB Hall. The guests of honour are Senator Ras Adiba Radzi and Miss Charissa Chong, the runner up of Miss Malaysia 2020. They will speak on reproductive matters and lunch will be served. 4. Medical Camp. This has been postponed to Sunday, 13 December, from 9.00 am to 12.00 noon at The MAB Hall. It includes General Screening, Ginecology, Skin and Dental. 5. How to market products online. This has been postponed to Thursday, 31 December, organized by MAB together with Jabatan Tenaga Kerja KL and MDEC. Companies will speak on their business and products. 6. Here’s an English Braille book to read. The title is Star Wars: A new hope by George Lucas in 6 volumes. This book was donated by The Kobe City Silver College of Japan. To borrow the book, please call Ms. Lynette at ext. 150. Thank you, Regards, Mr. Godfrey Ooi. Ms. Roslina Mohamed.


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog