Tuesday, August 17, 2021

Info Pertis Isnin, 16 Ogos 2021.

Tuesday, August 17, 2021 |
Pengumuman PERTIS Minggu Ini Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Berikut adalah pengumuman daripada PERTIS Pusat. Terdapat 2 pengumuman terkini untuk minggu ini. 1. Majlis Tilawah Quran Braille (MTQB). PERTIS akan menganjurkan program Majlis Tilawah Quran Braille (MTQB) 2021. Kategori dalam majlis ini adalah seperti berikut: 1. Tilawah Al-Quran Braille Lelaki. 2. Tilawah Al-Quran Braille Wanita. 3. Hafazan Lelaki. 4. Hafazan Wanita. 5. Tilawah Al-Quran Braille saudara baru. Program ini akan dilaksanakan secara atas talian secara berkala pada bulan November 2021. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Setiausaha Agung PERTIS, Saudara Shahril Azrie di talian 013-4315539. 2. Pengumuman dari Biro Pembangunan Wanita, kemasyarakatan dan kesejahtran ummah. Biro akan menganjurkan Program ceramah, wanita Dambaan Syurga. tarikh 31 ogos masa 10 pagi hingga 12 tengah hari. penceramah Dr. Asmah pensyarah UPSI. Bagi yang berminat dan ingin menyertai sila join grup whatssap dibawah dan untuk maklumat yang lebih lanjut boleh berhubung dengan Encik Ahmad bin wahab di talian +60178751260 https://chat.whatsapp.com/LmYZ2vBItdtLMmLK0jv6X9 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Berikut adalah pengumuman daripada PERTIS Pusat. Terdapat 3 pengumuman ulangan untuk minggu ini. 1. Pengumuman Dari Biro Pembangunan Belia Kesenian Dan Kebudayaan (PERTIS) Akan menganjurkan pertandingan Mencipta Video. Dengan Tema (Sayang Negara) oleh itu satu taklimat akan diadakan Untuk pendaftaran sila WhatsApp ke talian wasap.my/601156986846 Tarikh tutup pendaftaran 20 Ogos 2021. (Jumaat) 2. Bantuan PKP kepada OKU Penglihatan yang memerlukan. Pihak PERTIS memohon kerjasama OKU Penglihatan di seluruh Malaysia yang memerlukan bantuan untuk mengisi google form berikut. Anda juga boleh whatsapp maklumat berikut ke nombor Whatsapp PERTIS, 013-7896639: 1. Nama Penuh. 2. Nombor telefon. 3. Nombor Kad Pengenalan. 4. Nombor Kad OKU. 5. Alamat. 6. Status Perkahwinan. 7. Pekerjaan. 8. Pendapatan. 9. tanggungan. 10. Nombor akaun bank dan nama bank. Pihak kami akan menggunakan data ini jika ada sebarang bantuan daripada mana-mana pihak. Sila ikuti pautan google form berikut untuk mengisi maklumat : https://forms.gle/f7VN3F1gPtbiXxH88 3. PERTIS dengan kerjasama Love Quran Group akan mengadakan kelas Al-Quran Braille secara atas talian kepada OKU Penglihatan. Program ini terbuka kepada OKU Penglihatan di seluruh Malaysia. Untuk pendaftaran, sila wass app maklumat anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon ke nombor Pertis +60137896639. Sekian terima kasih.


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog