Thursday, April 16, 2009

JKM permudah borang permohonan

Thursday, April 16, 2009 |
PERCAYAKAH anda pemohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini perlu mengisi borang yang mengandungi 14 muka surat?

Tidak mustahillah ada golongan yang layak, tidak mendapat bantuan gara-gara kesukaran mengisi borang.

Untuk mempermudahkan proses permohonan, JKM mengambil pendekatan lebih mesra dengan mengurangkan bilangan muka surat borang yang perlu diisi kepada hanya dua halaman.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon memberitahu kementerian di bawah JKM juga sedang menganjurkan ‘Projek Cari’ bagi mengesan golongan yang layak diberi bantuan dengan sasaran orang tua terlantar, orang kurang upaya (OKU) dan orang miskin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kebajikan bagi bulan Mac kepada penduduk Kampung Sendok di Changkat Ibul semalam.

Beliau merayu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), ketua cawangan dan ketua kampung, sukarelawan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama menyalurkan maklumat kepada wakil rakyat dan JKM, bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
-Utusan


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog