Thursday, April 16, 2009

Junaidi, atlet OKU sertai ekspedisi berbasikal Miri ke Kuching

Thursday, April 16, 2009 |
KUCHING 6 April - Atlet orang kurang upaya (OKU) dari negeri ini, Junaidi Pauzan akan melakukan ekspedisi solo berbasikal sejauh 900 kilometer dari Miri ke bandar raya ini pada 1 Julai ini.

Pengerusi Program Ekspedisi Solo OKU 2009, Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, program itu akan berlangsung 21 hari sebelum berakhir.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, Junaidi akan memulakan perjalanan dari pejabat Residen Miri dengan berkayuh sejauh 50 hingga 60 kilometer sehari bagi setiap perjalanan.

"Ketika ini, Junaidi memulakan latihan sebagai persediaan ekspedisi solo tersebut.

"Antara bandar yang akan menjadi tempat persinggahan beliau adalah Bintulu, Sibu, Sarikei, Sri Aman dan Serian sebelum berakhir di Tebingan Kuching," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Abdul Rahman memberitahu, Junaidi merupakan atlet OKU yang mewakili Sarawak dalam Sukan Paralimpik dan pernah mencipta rekod peribadi berenang merentasi Laut China Selatan dari Pulau Satang Besar ke Pantai Santubong pada tahun lalu.

Beliau menjelaskan, menerusi Ekspedisi Solo OKU 2009 itu, Junaidi mampu menjadi role model kepada anak-anak muda supaya mempunyai keyakinan dan semangat yang tinggi untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

"Program itu juga akan menjadi cabaran kepada golongan OKU membuktikan mereka juga mampu menyahut cabaran seperti orang biasa," katanya.
-Utusan


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog