Thursday, April 16, 2009

Kursus perhotelan bagi OKU di PKK Julai

Thursday, April 16, 2009 |
KOTA KINABALU 5 April - Politeknik Kota Kinabalu (PKK) buat pertama kalinya akan memulakan Kursus Asas Hotel dan Katering pada Julai ini khusus untuk memberi peluang kepada golongan orang kurang upaya (OKU) melanjutkan pengajian dalam bidang itu.

Pengarah PKK, Mustafah Kamar Ujang berkata, kursus tersebut hanya dibuka kepada OKU dari Sabah dan Sarawak lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai sijil Kolej Komuniti.

"Bagi peringkat permulaan, 15 penuntut akan diambil pada pengambilan sesi pertama iaitu Julai ini," katanya semasa berucap pada Konvokesyen PKK ke-13 di Dewan Rafflesia PKK di sini hari ini.

Konvokesyen tersebut dirasmi oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah. Seramai 733 siswazah menerima diploma dan sijil masing-masing.

Beliau berkata, kursus tersebut adalah pra syarat bagi melayakkan mereka melanjutkan pengajian seterusnya iaitu ke peringkat diploma.

"Melalui kursus selama setahun ini, OKU wajib memperoleh pencapaian sekurang-kurangnya 2.90 Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) iaitu pada semester akhir," katanya.

Katanya, bagi OKU yang tidak mengikuti kursus itu tetapi berminat melanjutkan pengajian ke peringkat diploma, mereka perlu memiliki sijil dengan kursus yang sama dari Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sementara itu katanya, berdasarkan satu kajian, seramai 614 graduan PPK bagi sesi Julai dan Disember 2007 telah pun memperoleh pekerjaan dan selebihnya melanjutkan pelajaran.

"Daripada jumlah itu, 58 peratus graduan bekerja di syarikat swasta tempatan, 11.6 peratus lagi berkhidmat dalam sektor kerajaan selain terlibat dengan perusahaan sendiri," katanya.

Selain itu, katanya, sebanyak 9.6 peratus berkhidmat dengan syarikat asing, 3.1 peratus (badan berkanun), 3.5 peratus (syarikat berkaitan kerajaan atau GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Jelasnya, peratusan itu membuktikan lepasan PKK merupakan 'produk' yang tinggi nilainya di pasaran kerja terutamanya dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan Perkhidmatan.
-Utusan


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog