Thursday, April 16, 2009

Pengusaha perkhidmatan rel digesa beri perhatian kepada OKU

Thursday, April 16, 2009 |
KUALA LUMPUR 13 April — Kementerian Pengangkutan menggesa pengusaha perkhidmatan awam khasnya pengangkutan rel supaya memberi perhatian serius dalam menyediakan rekabentuk kemudahan awam supaya ia lebih bersifat mesra golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menterinya Datuk Seri Ong Tee Keat berkata daripada pemantauan yang dilakukan didapati masih ramai pengusaha yang mengabaikan aspek tersebut dan dengan itu penambahbaikan perlu dilakukan segera. “Kerajaan sedia maklum memang pengusaha berjaya menyediakan banyak kemudahan untuk kegunaan orang awam tetapi kebanyakannya tidak mengambil kira kehendak dan keperluan golongan tersebut.

“Kita tahu yang pengangkutan awam sekarang ini masih lagi dikuasai pelbagai agensi dan kementerian, dengan itu saya mengarahkan supaya pengusaha yang berada di bawah Kementerian Pengangkutan supaya mempercepatkan proses penambahbaikan supaya golongan OKU mampu menikmati kemudahan itu dengan lebih selesa,” katanya selepas melancarkan Kelab Kecergasan Ampang Jaya di sini hari ini.

Ong berkata sebagai menteri yang bertanggungjawab beliau pernah menegur mengenai perkara tersebut dan mengarahkan beberapa agensi di bawah kementerian seperti Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) supaya mengambil kira semua aspek dalam penyediaan kemudahan mesra OKU khususnya dari segi rekabentuk yang meliputi gerabak kereta api, lantai dan platform.

Bagaimanapun, katanya kementerian sedar bukannya mudah bagi pengusaha untuk memenuhi segala spesifikasi yang diperlukan OKU, lebih-lebih lagi kebanyakan stesen dibina oleh pemaju yang berlainan.

Berikutan itu semua agensi yang berada di bawah kementerian, khasnya KTMB telah diarahkan untuk mengambil tindakan segera bagi melihat semula rekabentuk tersebut supaya tidak timbul sebarang rungutan dan keselesaan kepada pengguna di kalangan OKU dapat dipertingkatkan.

Bagi meningkatkan lagi taraf penyediaan perkhidmatan yang lebih mesra OKU, kementerian juga akan meningkatkan pemantauan terhadap semua perkhidmatan awam walaupun bukan di bawah kendalian kerajaan, katanya. — Bernama


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog