Sunday, April 5, 2009

Patuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Bagi Kemudahan Oku

Sunday, April 5, 2009 |
PETALING JAYA, 22 Mac (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan disaran agar memastikan institusi kewangan mematuhi peruntukan Undang-undang kecil Bangunan Seragam bagi memastikan lokasi mesin ATM boleh diakses oleh Orang Kurang Upaya (OKU).

Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya Damai Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala V. Murugeswaran berkata institusi kewangan tidak mematuhi peruntukan itu menyebabkan ramai OKU yang menggunakan kerusi roda menghadapi masalah dan menjadi mangsa dalam urusan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.

Sebagai contoh seorang anggotanya yang lumpuh semua empat anggota badannya Safuan Al-Farugi, 24, menggunakan kerusi bermotor dirompak wangnya dua minggu lepas disebabkan mesin ATM itu terletak di tempat yang agak tidak sesuai untuk diakses oleh OKU.

Katanya Safuan yang bertugas dengan sebuah syarikat IT di Cyberjaya bergerak menggunakan kerusi yang dibuat khas, mendapati seorang sahabatnya yang diminta membantu mengeluarkan wang beliau daripada mesin ATM, telah mengeluarkan simpanannya tanpa diketahui sebanyak RM4,250.

"Dia terpaksa memberikan kad ATM dan nombor pin kepada orang ketiga itu (sahabatnya) bagi mengeluarkan wang tersebut dan mengambil kesempatan berikutan dengan keadaan kurang upaya itu," kata Murugeswaran pada persidangan akhbar di sini.

Dalam hubungan ini, persatuan itu menggesa kementerian tersebut dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengarah dan memastikan pihak berwajib mematuhi undang-undang kecil berkenaan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggarinya untuk meningkatkan hak-hak asas OKU.

-- BERNAMA


Related Posts



3 comments:

hasbul said...

harap2 perlaksanaannya biarlah betul..kerana OKU di malaysia sepatutnya sudah lama dapat menikmati kemudahan macam ni.....kerana berbanding dgn OKU lain,OKU yg menggunakan kerusiroda memang susah utk bergerak...

Tai said...

Ya. Mereka harus dibela.

Suara OKU said...

Salam,
Betul perlaksanaan harus sampai pada golongan sasar.

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog