Thursday, March 17, 2016

telemaklumat pertis 14mac2016

Thursday, March 17, 2016 |

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),
membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 14 Mac 2016 Masihi, bersamaan 05 Jamadil-akhir 1437 Hijrah Isnin.

Pengumuman Terkini

Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.

1. Talian Maklumat PERTIS.

Operasi Talian Maklumat PERTIs telah pun berpindah dari Ibu pejabat PERTIS Gombak ke pejabat PERTIS Unit Penerbitan Kawasan Brickfields, Kuala Lumpur.

Nombor baru talian Maklumat PERTIS ialah 03-2260 3950 dan ianya beroperasi

selama 24 jam.

2. Mesyuarat Agung Tahunan keduapuluh satu.

PERTIS akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke21/2016.

Ianya akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh:

20 dan 21 Sya’ban 1437 Hijrah bersamaan,

27 dan 28 Mei 2016 Masihi yakni hari Jumaat dan sabtu.

Tempat:

Hotel Midah Jalan Atap Kuala Lumpur.

Yuran pendaftaran:

1. Untuk ahli yang menginap di hotel:

RM50.00

2. Untuk ahli yang tidak menginap di hotel:

RM20.00

Walau bagaimana pun sebarang perubahan dan maklumat seterusnya akan dimaklumkan di dalam talian maklumat PERTIS dari masa ke semasa.

3. Yuran Keahlian.

Pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2016 telah pun dibuka sejak bulan Januari 2016. Sesiapa yang belum menjelaskan yuran tersebut sila berbuat demikian.

1. Untuk ahli:

biasa: RM06.00

2. Untuk ahli

Tanggungan: RM01.00

3. Untuk ahli

Bersekutu: RM03.00

4. Untuk ahli

Seumur hidup: RM56.00

Untuk menjadi ahli seumur hidup seseorang itu perlu:

1. menjadi ahli PERTIS selama setahun terlebih dahulu.

Telah menjelaskan segala yuran yang tertunda jika ada.

Untuk sebarang pertanyaan atau pembayaran,

Sila hubungi En. Osman Nordin Bin Omar Bendahari PERTIS di talian 013-364 1994.

4. Program Perubatan Secara Islam Peringkat Asas.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan bahwa PERTIS melalui Biro Pendidikan dan Dakwah akan menganjurkan program Perubatan Secara Islam Peringkat Asas.

Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh:

18 Jamadil-akhir 1437 Hijrah bersamaan 27 Mac 2016 Masihi yakni hari ahad.

Tempat:

Di Dewan Dr Ismail Salleh,

Kompleks MAB, Brickfields Kuala Lumpur.

Masa:

Pukul 09.00 pagi.

Penyertaan masih dibuka dan ianya terhad kepada 100 orang sahaja.

Setiap penyertaan akan dikenakan yuran pendaftaran seperti berikut:

1. Untuk ahli: RM05.00

2. Untuk bukan ahli: RM10.00

3. Untuk kanak-kanakyang berusia

Antara 5 hingga 12 tahun: RM3.00.

Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran,

Sila SMS atau hubungi:

1. Ustaz Mohammad Noor Bin Awang ngah,

Pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah:

012-342 8745 atau 013-340 8510.

2. Pn. Arilzoh Mokhtr 013-392 9280.

Sijil penyertaan:

Pihak PERTIS akan mengeluarkan sijil penyertaan kepada mereka yang memrlukan sijil tersebut. Sehubungan dengan itu, sila Maklumkan kepada Pn. Rosnah Hj Ahmad Setiausaha Agung PERTIS sama ada SMS atau hubungi terus ke talian 012-288 7676 atau 012-216 3354. Sila beri butir-butir diri iaitu

nama penuh dan nombor kad pengenalan yang terkini.

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-2260 3950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian pejabat PERTIS Unit Penerbitan Brickfields 03-2276 2634 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,

rosmelati60@gmail.com,

dan no. telefon 012-216 3354/012-288 7676

atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah Ahmad

Setiausaha Agung

persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog